16 Mac 2011

- Rights Football Academy memulakan langkah.

Liga MCC telah bermula.

Sebanyak 36 pasukan telah berdaftar termasuklah kelab yang anak aku wakili iaitu RFA.



Kejohanan ini mendapat kerjasama dari Cardiff City dan panel jurulatih dari sana juga hadir .

Kejohanan ini khas untuk pemain bawah 12 tahun sahaja.

Daripada 36 pasukan telah di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B.


RFA telah di letakan di kumpulan B.


Ini adalah antara pemain-pemain RFA sebelum mengenakan jersey rasmi.

Warna merah yang garang menjadi pilihan supaya nampak menggerunkan pihak lawan.

Semua perlawanan di adakan di R.R.I ( Rubber Research Intistute ) dan di jalankan secara liga.

Minggu ini baru bermula ( 13.03.2011 ).

Sebelum perlawanan perlu warm up dulu.....lari...lari...lari...cepat.

'ha....apa lagi yang tercegat tu???"


Perlawanan pertama RFA telah di temukan dengan pasukan Red Giants Kids dan berkeputusan

seri 0-0 walaupun peluang terhidang amatlah banyak.

Antara gambar perlawanan.

Perlawnana kedua berlangsung pada sebelah petang dan bertemu pasukan Gen Pro.

pada mulanya perlawanan agak seimbang namun kecederaan penjaga gol RFA akibat terjahan pihak lawan telah mengubah segalanya dan akhirnya pasukan RFA tewas dengan 0-3.

Walaubagaimanapun liga masih lagi panjang dan ada perlawanan yang akan di tempuhi.

Ini anak aku yang bermain di posisi pertahanan ( pemain simpanan je...).

Bersama member kamcingnya yang bermain bola setiap petang 7 kali seminggu.....



Bersama anak aku yang bongsu.....
Selepas perlawanan mendapat kata dua dari penolong jurulatih.Pada masa ini jurulatih utama ada urusan penting.Untuk pengetahuan semua jurulatih utama kelab ini adalah Encik Suhaimi.( ada sijil A dan bertugas dengan tentera dan sekarang sibuk dengan menolong Soccerkids ).
Pemain di siapkan dengan mental untuk menghadapi perlawanan minggu hadapan ( 19.03.2011 ).

Semoga minggu hadapan akan ada sinar dan kemenangan walaupun pasukan yang akan di hadapi bukan calang-calang pasukan.

Lawan tetap lawan.....
morals of the story-
- jangan mudah mengalah.
- lawan tetap lawan.
- jangan melawan cakap jurulatih.
- aku yang letih.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan