11 Mac 2011

-pah!seluar dalam aku mana pah......

Kali ini aku nak bercerita.
Tiada yang benar melainkan benar belaka.
Oleh kerana ini kisah benar maka akan ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun dah mati ataupun yang sedang nazak.
Ini kisah rumah tangga oleh itu akan ada unsur-unsur 18sx serta perkataan yang tidak sesuai untuk tatapan umum.

Ingat ye ini kisah memang benar tapi bukan aku yang tetlibat ....aku ulang lagi sekali yang aku langsung tak terlibat langsung.
Ceritanya begini.......

Tarikh-lupa
Masa -lebih kurang jam 10malam.

"pah! Seluar dalam aku mana pah?"
"abang ni nak seluar dalam pun tanya saya"
"pah....mana seluar dalam aku pah?"

Cari punya cari tiada juga ketemu.
Si isteri mula curiga akan kehilangan seluar dalam suaminya.
Fikiranya mula berkecamuk.
Lantas dia mula memunggah segala kain yang bersih hatta yang kotor hatta di dalam machine basuh.
Di kumpulkan segala seluar dalam suaminya yang kotor dan yang kotor juga lalu di hitungnya.
1...2....3....
"bangggggggggggggggg"
Jeritanya boleh kedengaran lima kilometer jauhnya.
Si suami masih lagi bertuala dan tiada berseluar.
"lebih baik abang cakap yang betul"
"apanya?"
Si suami tertanya-tanya.
"mana pergi seluar dalam abang yang lain...yang hijau...yang belang...yang coklat
Yang saya baru beli masa hari jadi abang pun dah hilang"

Si isteri mula naik hantu dan curiga akan kehilangan seluar dalam suaminya.
Saitan mula merasuk diri....
Terkeluar dari mulut yang tidak sepatutnya di tujulan kearah suaminya.

Si suami diam seribu bahasa.
Si isteri menuduh suaminya curang sambil mulutnya tidak henti memekik mekik.
Suasana semakin panas....
Walaupun si suami menafikan berulang kali namun tiada di terima.
Si isteri tetap menuduhnya curang dengan kehilangan seluar dalam si suami.

Sejak peristiwa itu rumah tangga mereka menjadi kacau bilau...
Si isteri tetap menuduh suaminya....walaupun di nafikan.

Hari beganti hari minggu berganti minggu mereka tidak bercakap....dari tarikh itu juga
Si suami terpaksa tidur luar berpelukan bantal golek.
Hinggalah satu hari mereka di kejutkan dengan berita bahawa keluarga si isteri ingin menumpang tidur kerana sebab sebab tertentu.
Si isteri mula mengemas rumah..untuk menyambut tetamu.
Habis semua kain baju yang belonggok di lipatnya.
Semua kawasan di sapunya...di mop dan........

Satu persatu keluar helaian helaian yang di kenalinya dari bawah almari ketika di tariknya menggunakan penyapu.
Rasa bersalah mula menyelubunginya.
Rasa mula berdosa kepada suaminya kerana di tuduh yang macam macam.

Dia memang tidak menyangka bahawa misteri kehilangan seluar dalam suaminya adalah angkara sitikus....bukannya siti ataupun perempuan lain.





Moral of the story-
-jaga seluar dalam baik baik
-jangan bela tikus kat rumah
-si isteri perlu siasat dahulu sebelum tidur.
-pastikan seluar dalam anda bersih kerana yang kotor akan menarik minat tikus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan