19 Mei 2010

-minggu sukan

Dah lama aku tak update aku punya blog ni.
maklumlah minggu ni memang busy lagipun line internet aku minggu ni memang amat mengecewakan sekali.

kali ini aku nak bercerita pasal sukan di Malaysia yang berlangsung dan melibatkan pasukan dari negara kita.

kejohanan hoki sultan Azlan Shah yang berlangsung di Ipoh menampak perkembangan yang baik untuk sukan hoki amnya.walaupun hanya menduduki tempat ke empat namun itu pencapaian yang memberangsangkan bagi aku.
inilah masanya untuk mengembalikan zaman kegemilangan hoki negara kita yang semakin tercicir dan tak layak lagi untuk olimpik.
teruskan usaha agar kita segera bangkit kerana kita pernah mengecapi zaman gemilang dan pernah layak ke separuh akhir piala dunia dan beberapa kali ke olimpik.




memang mengecewakan sekali kejohanan kali ini.dah lah tewas dengan Jepun ...semi final kena belasah dengan China walaupun bermain di tempat sendiri.kesian dengan penyokong yang hadir dan bersorak tapi hasilnya?semua tewas dengan mudah,...kenapa?mental?skil?atau pemain dari tembok besar itu terlalu unggul?
untuk dua tahun lagi pun aku tak nampak apa yang bagus kerana pada masa ini tiada pemain muda yang dapat menggantikan pemain kita yang semakin meningkat umur.
apa perancangan BAM masa depan?tunggu dan lihat?
piala uber memang tiada trend yang baik...mungkin akan ada kebangkita di masa hadapan.

F1 yang berlangsung masih lagi menampakan keunggulan pasukan Red-Bull dan disaingi Ferari dan Mc Laren.pasukan pertengahan seperti Petronas Mercedes GP,Sauber,Renault,Force India masih bersaing sesama sendiri.
aku masih tak nampak lagi pasukan F1 lotus dapat menyelit di antara pasukan tersebut.adakan pasukan ini di tubuhkan beratus-ratus juta hanya untuk bersaing di tempat belakang?jika itu matlamatnya memang amat membazirkan sekali.
ayuh...team Lotus buktikan bahawa itu semua hanya sementara.....buktikan pelaburan ini tidak sia-sia belaka.tunjukan Malaysia boleh walaupun pemandunya bukan rakyat kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan