01 Mei 2010

-gusti mania

antara koleksi vcd gusti aku yang ada.
banyak duit beli ori...kurang duit pirate nye aku sambar....


antara vcd gusti yang terawal aku beli..dulu tak beli sebab ada kedai sewa tape gusti.tetapi selepas kedai tu tutup terpaksa kena beli.



dvd gusti terbaru yang aku beli....
nak pinjam?sorry ...bukan aku kedekut tapi takut sebab dah banyak koleksi aku yang dah tak wujud lagi sebab ada orang yang tahu pinjam tapi tak tahu nak pulangkan...

aku memang fanatik sikit ngan gusti.aku tak pasti sejak bila aku suka tengok gusti.tapi yang aku tahu sejak zaman 'on the mat','wrestling from usa'..masa tu hitam putih lagi ( sebab tahun tu bapak aku belum beli tv warna lagi ).akhir 70an kalau tak silap aku..pada masa tu seingat aku ahli gusti yang terkenal macam Mil Malcaras,Argentina Apollo,Mark Lewin,Wahoo McDaniel dan lain2 lagi yang aku tak ingat lagi.masa tu pusat gusti yg terkenal AWA.tapi sekarang orang suka tengok WWE ( dulu WWF ).
berbanding dengan WWE sebenarnya aku lagi suka WCW...tapi sejak WWE beli WCW aku terpaksa juga tengok WWE.sebenarnya banyak sangat cerita dari gaduh kat WWE tu...
kat WCW masa tu popular ngan Sting,Four Horseman ( Arn and Ole Anderson,Rick Flair,Tully Blancard),Steiner Brothers ( Scott and Rick ) dan lain-lain lagi.aku rasa WWE popular pun selepas Wrestlermania yang pertama.

nantilah kalau ada masa aku cerita pasal gusti...tak de pun nanti aku create satu blog gusti.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan