25 Mac 2011

- aku nak jadi pelukis.

Ha ha ha ha ha dulu bukan setakat nak jadi pelawak je tetapi aku pernah gak nak jadi pelukis.
Dari kecik aku memang suka menconteng....jumpa je buku conteng..jumpa je buku conteng..conteng je mesti kat buku.
Tetapi tak lah pandai sangat aku melukis setakat lukis orang kartun arait gak..

Time aku sekolah rendah dulu ada seorang kawan namanya Faizal....dalam darjah 5 masa tu.
aku suka kawan ngan dia sebab dia pandai lukis...hari-hari aku suruh dia lukis.atak kartun yang top masa tu aku suruh lukis adalah kapten future dan aku plak lukis kapal buck rogers...ha..ha..ha

time sekolah menengah tak de member yang sekelas yang pandai lukis ..so aku sorang-sorang je...tak dapat bertukar pendapat.Oh ya..time aku darjah 6 dulu aku pernah menang pertandingan melukis kat sekolah...dapatlah pensil warna.

Tetapi ada budak junior aku nama 'memey' dia pandai lukis.
Tetapi kurang menarik perhatian kerana dia suka lukis alam pendekar.Tetapi budak ni sekarang popular kat majalah dengan nick name "sagu".

Tetapi paling best masa aku form six...ada budak baru..dari sekolah agama bota.dia ni amat terer melukis.ko bagi je apa...gerenti dia lukis punya.
time cuti sekolah dia mesti lepak rumah aku untuk melukis.
jangan tak tahu..aku pernah songlap satu lukisan dia...ha..ha..ha..lepas tu sign dia aku tukar ngan akunye...ha..ha..ha
Dia ni sekarang popular dengan nama 'tembakau' dan popular dengan 'kartininya'.

Jangan tak tahu pulak time aku lower six aku pernah apply i.t.m ambik ad10 ( art n design )
temuduga kat manjung tetapi tak lepas...ha..ha..ha...maknanya tak cukup tererlah tu...

Dah bujang pulak...langkah semakin jauh..tempat port baru aku setiap hari minggu adalah central market.
kat sini ada dua pelukis yang aku suka tengok iaitu Pak Aris dan kak suria..
aku tak pernah bosan melihat mereka melukis..tiap-tiap minggu aku kan turun kat sana.


Walaupun pengalaman dengan orang melukis banyak namun aku masih tak juga terer...ha..ha..ha..itu tandanya aku tak de bakat.

Aku pernah berkata pada diri sendiri..aku kalau menjadi pelukis..aku akan melukis tangan sebagai objek......kerana bagi aku tangan dan jari ini sungguh unik.

So sebab dah lama aku tak melukis...aku gagahi juga tangan aku yang dah berkarat ini untuk menghayun pensil 2B.
Dan hasilnya........................................



Bagi amatur cam aku ni kira okaylah...ha..ha..ha...
moral of the story-
- nak terer kena ada bakat.
- nak terer kena belajar.
- nak terer kena berussaha.
- nak terer jangan hot-hot chicken shit....
aku yang last tu...ha..ha..ha..



19 Mac 2011

- the next star

amacam ada style tuk jadi next football star tak?

morals of the story-

- kena banyak training untuk terer.

- pelajaran pun kena terer.

- agama lagilah perlu terer.......

18 Mac 2011

- KARMA

Karma??

beberapa tahun yang lalu...
entah cam mana ada sepasang kasut ( safety boot) kat meja aku.

Aku apa lagi...sambarlah.
aku peduli apa siapa yang empunya.
masa tu aku agak ehem..ehem..sikit.

ada plak satu mamat tu nak beli safety boot yang aku rembat tu.

dapatlah RM 50.00.


sebulan telah berlalu...
di poket hanya tinggal RM 50.00 .
gaji memang lambat lagi.
entah macam mana time aku nak beli barang.....
selok punya poket RM 50.00 aku itu sudah hilang...

inikah di namakan KARMA???





morals of teh story-

- jangan suka ambil hak orang....mencurilah tu.
- pikirlah orang yang kau ambil barangnya.
- padan muka kat kau...ha..ha..ha..akulah itu.

-aku nak jadi PELAWAK.

ha..ha..ha..
aku gelak sendirian...kenapa?

tetiba aku teringan time aku kecik-kecik dulu.
nak tahu apa cita-cita aku?

masa umur aku dalam lingkungan 6 atau 7 tahun hari-hari aku mendengar record dari Jamali Shadat dan Hamid Gurkha.
'tan...oh...tan.."
"atan oho..oho"
antara dialog yang aku masih ingat lagi.
berbagai suara dapat di buat oleh Jamali Shadat ini.

dulu time hujung 70an dan awal 80an aku telah didedahkan dengan wayang pacak.
filem-filem yang top masa tu kebanyakan oleh Ar Badul cam 'panglima badul','si badul','sikit punya gila' dan lain-lain lagi.

masuk bab tv aku respect ngan Wazata Zain dengan rancangan 'cumi dan ciki',
cam mana dia boleh buat suara macam-macam.

lepas tu aku teruja pula dengan seorang lelaki yang membawa patung bernama 'jalut'...
aku kagum dengan kebolehannya mengeluarkan suara si patung tanpa membuka mulut.

korang dah tahu apa cita-cita aku?

ha..ha..ha..ha..aku nak jadi PELAWAK...
kenapa tak percaya?

aku memang betul-betul nak jadi pelawak...
puas aku belajar meniru suara orang lain...bunyi binatang...
dan bercakap tanpa menggerakan mulut.

tetapi itu masa aku keciklah...( kecik apa kalau sampai umur belasan tahun masih cita-cita yang sama).Tetapi tak lah sampai cikgu aku tanya aku nak jawab cam tu.....

bila aku dah puas nak berlawak..tiru suara orang baru aku tahu bukan senang aku nak jadi pelawak..ia perlukan bakat dan usaha,

korang nak tahu lawak aku yang pertama kat pentas?
masa tu hari pengakap pada tahun 1985....aku buat lawak kat pentas...berguling-guling aku ketawa menahan lawak tetapi tiada satu pun orang yang gelak....ha...ha...ha..ha...ha...




morals of the story-

-bukan senang nak jadi pelawak.
-kena usaha untuk melawak.
- dulu tak de rancangan raja lawak.
-jangan buat lawak bodoh...nampak bodoh.

16 Mac 2011

- Rights Football Academy memulakan langkah.

Liga MCC telah bermula.

Sebanyak 36 pasukan telah berdaftar termasuklah kelab yang anak aku wakili iaitu RFA.



Kejohanan ini mendapat kerjasama dari Cardiff City dan panel jurulatih dari sana juga hadir .

Kejohanan ini khas untuk pemain bawah 12 tahun sahaja.

Daripada 36 pasukan telah di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B.


RFA telah di letakan di kumpulan B.


Ini adalah antara pemain-pemain RFA sebelum mengenakan jersey rasmi.

Warna merah yang garang menjadi pilihan supaya nampak menggerunkan pihak lawan.

Semua perlawanan di adakan di R.R.I ( Rubber Research Intistute ) dan di jalankan secara liga.

Minggu ini baru bermula ( 13.03.2011 ).

Sebelum perlawanan perlu warm up dulu.....lari...lari...lari...cepat.

'ha....apa lagi yang tercegat tu???"


Perlawanan pertama RFA telah di temukan dengan pasukan Red Giants Kids dan berkeputusan

seri 0-0 walaupun peluang terhidang amatlah banyak.

Antara gambar perlawanan.

Perlawnana kedua berlangsung pada sebelah petang dan bertemu pasukan Gen Pro.

pada mulanya perlawanan agak seimbang namun kecederaan penjaga gol RFA akibat terjahan pihak lawan telah mengubah segalanya dan akhirnya pasukan RFA tewas dengan 0-3.

Walaubagaimanapun liga masih lagi panjang dan ada perlawanan yang akan di tempuhi.

Ini anak aku yang bermain di posisi pertahanan ( pemain simpanan je...).

Bersama member kamcingnya yang bermain bola setiap petang 7 kali seminggu.....



Bersama anak aku yang bongsu.....
Selepas perlawanan mendapat kata dua dari penolong jurulatih.Pada masa ini jurulatih utama ada urusan penting.Untuk pengetahuan semua jurulatih utama kelab ini adalah Encik Suhaimi.( ada sijil A dan bertugas dengan tentera dan sekarang sibuk dengan menolong Soccerkids ).
Pemain di siapkan dengan mental untuk menghadapi perlawanan minggu hadapan ( 19.03.2011 ).

Semoga minggu hadapan akan ada sinar dan kemenangan walaupun pasukan yang akan di hadapi bukan calang-calang pasukan.

Lawan tetap lawan.....
morals of the story-
- jangan mudah mengalah.
- lawan tetap lawan.
- jangan melawan cakap jurulatih.
- aku yang letih.......

11 Mac 2011

-pah!seluar dalam aku mana pah......

Kali ini aku nak bercerita.
Tiada yang benar melainkan benar belaka.
Oleh kerana ini kisah benar maka akan ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun dah mati ataupun yang sedang nazak.
Ini kisah rumah tangga oleh itu akan ada unsur-unsur 18sx serta perkataan yang tidak sesuai untuk tatapan umum.

Ingat ye ini kisah memang benar tapi bukan aku yang tetlibat ....aku ulang lagi sekali yang aku langsung tak terlibat langsung.
Ceritanya begini.......

Tarikh-lupa
Masa -lebih kurang jam 10malam.

"pah! Seluar dalam aku mana pah?"
"abang ni nak seluar dalam pun tanya saya"
"pah....mana seluar dalam aku pah?"

Cari punya cari tiada juga ketemu.
Si isteri mula curiga akan kehilangan seluar dalam suaminya.
Fikiranya mula berkecamuk.
Lantas dia mula memunggah segala kain yang bersih hatta yang kotor hatta di dalam machine basuh.
Di kumpulkan segala seluar dalam suaminya yang kotor dan yang kotor juga lalu di hitungnya.
1...2....3....
"bangggggggggggggggg"
Jeritanya boleh kedengaran lima kilometer jauhnya.
Si suami masih lagi bertuala dan tiada berseluar.
"lebih baik abang cakap yang betul"
"apanya?"
Si suami tertanya-tanya.
"mana pergi seluar dalam abang yang lain...yang hijau...yang belang...yang coklat
Yang saya baru beli masa hari jadi abang pun dah hilang"

Si isteri mula naik hantu dan curiga akan kehilangan seluar dalam suaminya.
Saitan mula merasuk diri....
Terkeluar dari mulut yang tidak sepatutnya di tujulan kearah suaminya.

Si suami diam seribu bahasa.
Si isteri menuduh suaminya curang sambil mulutnya tidak henti memekik mekik.
Suasana semakin panas....
Walaupun si suami menafikan berulang kali namun tiada di terima.
Si isteri tetap menuduhnya curang dengan kehilangan seluar dalam si suami.

Sejak peristiwa itu rumah tangga mereka menjadi kacau bilau...
Si isteri tetap menuduh suaminya....walaupun di nafikan.

Hari beganti hari minggu berganti minggu mereka tidak bercakap....dari tarikh itu juga
Si suami terpaksa tidur luar berpelukan bantal golek.
Hinggalah satu hari mereka di kejutkan dengan berita bahawa keluarga si isteri ingin menumpang tidur kerana sebab sebab tertentu.
Si isteri mula mengemas rumah..untuk menyambut tetamu.
Habis semua kain baju yang belonggok di lipatnya.
Semua kawasan di sapunya...di mop dan........

Satu persatu keluar helaian helaian yang di kenalinya dari bawah almari ketika di tariknya menggunakan penyapu.
Rasa bersalah mula menyelubunginya.
Rasa mula berdosa kepada suaminya kerana di tuduh yang macam macam.

Dia memang tidak menyangka bahawa misteri kehilangan seluar dalam suaminya adalah angkara sitikus....bukannya siti ataupun perempuan lain.





Moral of the story-
-jaga seluar dalam baik baik
-jangan bela tikus kat rumah
-si isteri perlu siasat dahulu sebelum tidur.
-pastikan seluar dalam anda bersih kerana yang kotor akan menarik minat tikus

09 Mac 2011

- apa yang patut

Apa yang patut aku buat?
Hampir sebulan aku tak updated blog.sibuk?cari ilham atau memang tiada ilham.
Bukan sengaja aku biarkan ia kosong tapi aku masih mencari apa yang perlu.aku rasa blog aku
Memang tiada setanding yang lain.dalam diam aku mencari,selak blogger lain punya style tapi perlukah
Aku meniru.cuma ada satu tidak perlu ada dua yang sama.
Aku sebenarnya jeles ngan gedek yang punya identiti tapi aku?
Itu mungkin sebab aku menyepi bukan tiada idea tapi blog cacamarba cam ni
Memang payah untuk hidup.perlukah aku menongkah arus untuk itu atau
Kembali kepada punca aku berblog?