20 Disember 2010

-aku yang rock?

petang tadi entah macam mana tengah boring-boring aku belek deretan vcd aku.
terpandang filem 'rock' arahan mamat khalid.
aku kalau filem atau drama dia mesti tak miss punya.
sebab filem dia jujur dan ada banyak mesej di sebaliknya.
pernah tengok semua drama dia?filem dia?


cerita pasal filem 'rock' teringat aku masa zaman rock kapak dulu.
walaupun rambut tak leh panjang sebab masih sekolah lagi namun hati tetap rock.
masa zaman GQ melanda semua kawan aku bertukar fesyen...merepeklah fesyen tu...seluar warna jinggalah...orenlah..dah lah besar...gedebeh je.
aku tetap dengan rock aku itu.

bagi rock kapak yang bebudak cam aku tu..kira oraitlah pesyen cam ni.
seluar warna merah jenama 'bobton'.
t'shirt dalam mesti ada gambar matahari terbit...konon-konon loundness lah tu.

seluar lagi ketat lagi bagus walaupun seksa masa nak pakai dan buka.kena guna pelincir baru leh masuk.pelincir?minyak ke?tak lah...kita guna plastik.ha..ha..ha..trylah.
kasut wajib masa tu adalah high cut jenama aliph.aku dulu ada poster besar kumpulan lefhanded pakai kasut ni.
tapi masa Ella muncul aku terikut style dia...pakai kasut LA Gear.

yang kat gelang tangan tu eksosori yang wajib ada.buat sendiri tu.....amik pvc kat kerusi bas lepas tu cucuk dengan paku tekan.lagi yan wajib adalah buckle( kepala tali pinggang )...lagi besar lagi rock.tapi kalau besar sangat itu berock.
time sekolah tak leh rambut panjang...so aku kekal imej bersih.
selalu tiru fesyen rambut Hatta dari kumpulan Junction walaupun jauh sekali nak sama...ha..ha..ha..
masa kerja ada gak try bela rambut panjang..tapi tak tahan sebab rimas..terutama ketika rambut mencuit-cuit cecuping telinga.
aku kira beruntung kerana pada zaman rock kapak berleluasa aku tinggal di kuala kangsar kerana selalu dapat tengok konsert di fun fair.begitu juga di taiping yang selalu konsert rock di adakan di dewan majlis perbandaran taiping.
cakap konsert sapa yang aku tak pernah tengok?MAY...SYJ@SOFEA..ARIWATAN..TEJA..dll.
masa gersang buat konsert masa di taiping pada tahun 1985 pun aku ada.( masa ni ada peristiwa gelap yang melanda kumpulan ini di mana suara man bai jauh terpesong dan mengakibatkan penonton marah dan mula membaling objeck ke pentas ).
last aku tengok konsert adalah di padang pandamaran klang iaitu konsert wings dan ella ( penggambaran filem pemburu bayang kalau tak silap aku ).
zaman rock kapak telah berlalu...namun muziknya masih mekar sehingga kini.
hidup rock kapak.
morals of the story-
-rock..rock juga tapi agama jangan lupa.
-ada lagi ke morals?




-tahukah anda?

ini adalah salinan i.c lama seseorang.
aku pun tak pasti tuan punya i.c ni ingat atau tidak atau punya salinan i,c ini.
macam mana aku dapat?
panjang ceritanya...
tak perlulah aku ceritakan.
seorang lelaki berbangsa cina yang berasal dari kampung di titi,negeri sembilan.
sekarang dia adalah tokoh yang amat di kenali sekali di dunia perniagaan sekarng ini dan
antara 20 orang yang tekaya di malaysia.
siapa kah beliau ini?




beliau adalah Tan Sri Lim Wee Chai bos /founder tempat aku kerja sekarang ini.The largerst glove manufacturer in the world.bermula dengan hanya satu kilang pada tahun 1991 dan telah berkembang sehingga menjangkau ke negeri China dan juga Thailand dengan keseluruhan kilang yang sudah beroperasi sebanyak 20 dan 2 lagi sedang dalam pembinaan dan pemasangan machine.
pesan aku-kalau nak berniaga ikut caranya,kenapa?
1-hatta untuk membeli sebatang screw pun dia nak amik tahu.
2-masa belum sibuk 2 kali sehari keliling kilang.
3-dulu hari minggu..driver dia cuti tapi dia drive sendiri untuk datang kilang.
4-selalu telefon supervisor pada hari minggu untuk tahu keadaan kilang.
kesimpulannya dia banyak hand on.
tetapi mungkin sekarang agak sibuk dan jarang melawat kilang seperti dulu namun itu cara untuk berjaya,
morals of the story-
-untuk berjaya kena berusaha.
-dah berusaha kena rajin.
-tapi kalau tak de modal cam mana?
ha,,,ha...ha..ha..ha..carilah dulu modal baru leh meniaga.

-alamak boringnye.....

masa meeting DQM pagi tadi amat membosankan sekali.
tak ada apa yang menarik perhatian aku.
akhirnya tangan aku mula melakar dan merepek.
kertas pembentangan quality kualiti menjadi mangsa.
aku dari dulu memang minat melukis walaupun aku tak pandai melukis.
aku suka tengok orang melukis.
kalau dahulu aku setiap hari minggu suka pergi central market cuma untuk melihat orang melukis....berejam-rejam aku tunggu pun sanggup.

sampai sekarang pun kalau aku time bosan..tangan akan mula melakar sesuatu....
tetapi sampai sekarang pun aku masih akui....aku tiada bakat untuk melukis.
tapi okay gak lah untuk menghiburkan diri sendiri.

dua kawan aku sekarang menjadikan bidang ini satu kerjaya yang tetap.
kalau korang tengok majalah ujang akan terjumpa kartunis SAGU....itu kawan aku...tiap-tiap petang ( dululah...tahun 1990 ) main bola kat depan rumah mak cik bedah.
lagi satu TEMBAKAU yang terkenal dengan Kartininya....dia dulu satu kelas dengan aku dan suka lepak kat rumah aku sambil melukis.
aku pernah songlap satu lukisan dia yang bertajuk "Fiona".






morals of the story-
- banyakkan training baru pandai.
-tapi kalau tak de bakat....memang takkan pandai ( cam aku ).

19 Disember 2010

-jangan makan biji buah-buahan.

aku dulu masa kecik cukup takut kalau tertelan biji buah-buahan yang aku makan.
nak tahu sebab apa.
kata pak cik dan abang-abang aku.
"ha...telanlah biji tu...tumbuh pokok kat lubang telinga dan hidung nanti"
aku tak dapat tidur lena kalau tertelan biji tu....
tak dapat aku bayangkan kalau biji-biji tu tumbuh dan keluara dari lubang yang ada kat aku ni.

tadi balik dari TESCO kami makan buah delima yang baru di beli.
aku cuba menakutkan anak-anak aku seperti aku kena dulu.
nak tahu apa jawapan anak aku yang berumur 6 tahun?
"apalah ayah ni....mana boleh tumbuh...nanti kita berak dia keluar;ah"
kenapa aku dulu boleh percaya?
tak bijak kah aku masa tu?
morals of the story-
-jangan mudah percaya cakap orang.....pikir dulu logik.
-kalau ko kena tipu...jangan pulak ko nak tipu anak ko pulak.

-selesai sudah langkah pertama.

akhirnya....
langkah pertama aku untuk memiliki teratak sendiri sudah aku gapai.
setelah bertahun aku kumpul....akhirnya dapat juga aku memiliki tanah sendiri.
nak kumpul yang ini pun bertahun...agak-agak untuk dirikan teratak idaman aku tu kena berapa tahun lagi aku kena kumpul?
tak pe lah....sedikit-sedikit insyaallah kalau di izinkan Tuhan...ia akan tiba juga.
semoga impian aku akan tercapai.........
morals of the story-
- sikit-sikit lama jadi bukit.
- bersyukur dengan rezeki yang di kurniakan.

03 Disember 2010

-sama dan serupa?

Aku pasti semua orang pernah mengalaminya.
alami apa?
baju yang sama....

apa perasaan anda apabila sedang anda berjalan tak kiralah dimana-manapun tetiba di hadapan anda berdiri seseorang yang sedang memandang anda dan anda juga memandang orang itu dan anda dapati orang itu berbaju sama seperti anda.apa yang anda perlu buat>>?-
1-cepat-cepat beredar
2-senyum simpul dan malu.
3-buat bodoh.
kenapa aku menulis entry ini..
sebabnya ketika aku bershopping petang tadi sedang belek-belek baju sebelah aku seorang lelaki juga memakai baju yang sama dengan aku.aku pandang dia ..dia pandang aku..muka aku merah malu...isteri aku tersenyum simpul.
"tu lah...lain kali jangan beli baju longgok jual murah punya"
ha..ha.ha..ha..ini bukan kali pertama kali aku terserempak dengan orang yang memakai baju yang sama...dah banyak kali..walaupun aku beli baju yang murah...agak mahal dan mahal ( adake?) pasti ada yang sama.....



morals of the story-

- kalau tak nak sama jahit baju sendiri.
- alah..kalau sama..lain kali ko tegur je orang tu " eh baju kita samalah...boleh but boria"
- jangan beli baju jualan murah 70% diskaun...gerenti banyak orang beli.

-Danish ujian.

Tahun depan bertambah lagi anak aku yang akan bersekolah sebenar( sekolah tadika adalah sekolah main dan makan - meminjam kata-kata anak sulong aku ).
Minggu lepas ada ujian dionogstik ( betul ke ejaan ini?maafkan kalau salah ) untuk menentukan kelas untuk tahun depan.
Anak aku yang ini memang aku akui agak lemah dalam membaca...maklumlah masa tadika dalam seminggu 3 atau 4 kali je hadir.
Puas gak aku ajar kat rumah tetapi masih kurang memuaskan...asyik main aje.

aku lihat anak aku antara yang mempunyai badan yang terkecil sekali...kenapa anak-anak aku tidak mengikut susuk tubuh aku?
bedak bertempek kat pipi....nanti ayah sapukan bagi rata...
alamak....jangan tengok cameralah..tak nampak natural.
ini perhimpunan utuk budak atau mak bapak budak?
suruh budak beratur lagi senang dari menyuruh mak bapak budak pergi ke dewan.
cikgu berusaha menghalau mak bapak supaya biarkan anak-anak untuk berdikari...tetapi mak bapak ni banyak yang degil....he..he..he..aku tak.
dalam kelas...Danish cuba meniru budak di belakangnya.
entah apa agaknya yang di jawapnya itu.
Masa balik aku tanya "boleh jawap ke?"
"he..he..he..he.."
itu je jawapannya......dan "yah..singgah kedai kita hauslah"
morals of the story?
- apa yang ada morals kat story ni?
- anak harta kita...didiklah mereka...sayangilah mereka..lindungilah mereka...

-tambah ilmu

hari ini aku add lagi 3 blogger yang aku follow...
rupanya aku ketinggalan yang amat jauh..
jauh di tinggalkan blogger yang berpengalaman walaupun usia masih muda.
aku tertarik dengan link antara blog kulupsakah/cempakaungu/brutalsolo/gedek@blogbeginatforty.
mereka bagai ada chemistri antara satu sama lain walaupun penyampaian jauh berbeda.
kenapa aku follow?
kulupsakah.
aku dah lama follow blogger ni...
pertama aku respeck ngan kehidupan dia..sempoi melayan anak -anak yang amat di sayanginya.
pendiriannya juga menyakinkan walaupun blognya banyak kearah politik.
kartunya?memang amat melucukan penuh ngan sindiran.
cempakaungu?
sama gak....banyak menulis tentang kehidupan seharian yang lebih santai dan bersahaja.
brutalsolo?
memang brutal tapi aku belum melayari lebih lanjut...perlu study lebih tentang gayanya.
gedek?
memang respek ngan blognya yang lain dari yang lain..
aku tak tahu bagaimana dia dapat idea geniusnya itu.

moga aku dapat ilham dari mereka..
walaupun mereka tidak mengenali aku yang masih baru dalam arena ini dan masih mentah dalam menterjemah erti blogger yang sebenarnya.
aku akui blog aku ini sebenarnya blog syok sendiri( ini comment dari kawan-kawan aku sendiri)
tapi aku suka sebenarnya kerana dapat mencoretkan kehidupan sebenar aku dan apa yang terlintas di fikiranku walaupun bagi setengah orang amat membosankan sekali.
namun aku suka ngan stail aku....ha..ha..ha..ha..ini blog aku...suka akulah nak tulis apa..syok sendirike?aku peduli apa.



morals of the story-


- ini blog aku...ikut suka aku ( nampak ego ngan kenyataan ini tapi jujur).
- tak salah terima comment negetif.
- masih perlu banyak lagi menimba dari orang lain.
- kalau tak pandai nak berblog tak payah....buat gelak dan menyampah orang je...
ha..ha..ha..ha..ha..ha...aku suka yang last tu.......itu yang banyak aku terima dari kengkawan aku.walaupun begitu mereka tetap follow....terima kasih.