30 September 2010

- sorry lah kawan.

sorry lah kawan semua...
bukan aku tak nak pergi masa reunion SKTDI kat kopitiam Bangi hari itu.
bukan aku kena queen control atau takut dengan bini...
tetapi memang betul-betul aku tak boleh pergi...
lagi pun yang engkau orang buat pada jam sepuluh malam itu kenapa?

kenapa aku tak boleh keluar malam ?

ini kotak cermin mata aku....masih lagi cantik dan tidak ternoda sekalipun...
tetapi lihat isinya dahulu.....
sudah nampak ? terbelah 2.
ini bahagian kiri yang berpower 350...
dan ini pula yang berpower 150....

agak-agak koranglah dengan mata aku yang bionik tu...boleh ke aku drive malam-malam..
jangankan anjing melintas....hantu pun aku tak berapa nak nampak.
so.....jangan marah aku sebab tak hadir hari itu.
next time arrange lah waktu siang....he..he..he..
**ini cermin mata aku yang ke 6 anak aku pecahkan.
so kerana kos yang tinggi maka aku on hold dulu untuk buat yang baru.
moral of the story-
- jangan bagi cermin mata anak buat main.
- simpan cermin mata di tempat yang tinggi.
- makan lobak banyak-banyak untuk kesihatan mata.
- jangan keluar malam....tak elok.



29 September 2010

- fotofunia.

ada lah seorang tu....
agak-agak dia boring kot...
tak de pun memang dah tak de kerja...
dia belek-belek google....jumpa fotofunia...
habis gambar aku di kerjakannya.
apa-apa pun terima kasihlah sebab...gambar pun kreatif...
kalau ada masa buatlah lagi kat gambar yang lain plak.








rupanya macam-macam boleh kita kreatifkan gambar kita itu guna teknik ni.....
moral of the story-
- tak de moral dari story ini....ha..ha..ha...
belah lah...tak habis-habis ngan moral of the story.
he..he..he..he...
ini adalah identiti untuk blog aku....
selepas ini semua story mory aku akan ada moral of the story...jangan marah..ha..nanti kena jual.




- jari tangan kawan aku.

dulu masa aku bersekolah dalam darjah enam ada budak baru masuk.
anak seorang cikgu yang baru di pindahkan untuk mengajar di sekolah aku.
yang aku tidak boleh lupa jasa cikgu ini ialah dia yang bawa idea untuk pakai seluar panjang.( dulu pakai seluar pendek je...habis nampak semua kurap...saham jatuh ).
budak baru tu yang aku hairan sangat kenapa lah suka sangat selok poket.
time belajar selok poket.
time makan selok poket.
time sukan selok poket.
time berak........itu aku tak tahu sebab aku tak intai.

aku pun hairan...kawan-kawan aku pun hairan gak....
mahal sangat ke tangan kiri dia tu sampai orang lain tak dapat tengok.

hari berganti hari...minggu berganti minggu...bulan berganti bulan akhirnya terdedah kenapa dia suka menyelokan tangan kirinya itu kedalam poket.
nak tahu kenapa....
lihat gambar jari Hrithik Rhosan ini.....he..he..he...

walaupun cam tu...kami tidak pernah mempertikaikan kelebihannya itu...
mungkin pada mulanya dia malu kot....
tetapi kami tak kisah pun.
tetapi dia lah yang jadi member kamcing aku...jogging sama-sama....tengok wayang sama-sama...
suka sama-sama ( kita orang selalu keluar berempat...dia dengan sepupu perempuan dia..dan aku dengan kakak aku ).
walaupun pada masa sekolah menengah kami berlainan sekolah...kami tetap bersahabat baik kerana setiap cuti sekolah dia akan ajak aku tidur di rumah nya.
sehinggalah kami terpisah tanpa khabar berita pada tahun 1992. ( aku menghilangkan diri daripada semua kengkawan aku di atas sebab-sebab yang aku tidak dapat dedahkan kerana tertakluk pada akta 18 ).
akhirnya kerana kawan di FB...pasing no telefon aku padanya..bermulalah kembali persahabatan kami yang pernah terputus suatu masa dahulu.
moral of the story....ceh...tak habis-habis ngan moral.
- jangan melarikan diri.
- carilah kenkawan balik terutama kawan yang ada hutang...ha..ha..ha...
- aku peduli apa ngan FB ......

-minta bantuan.....minta bantuan.

he..he..he..he...minta sikit bantuan..
tolong aku vote cerita aku kat www.proton25years.com.my.
banyak cerita yang hampir nak kejar aku.

mana lah tahu dengan pertolongan korang tu...adalah rezeki untuk aku...he..he...

tolong click like kat story aku ye....
nama aku mazlan mahmud.meru.
jangan lupa...click banyak-banyak.
lagi banyak...lagi besarlah peluang aku nak menang...

terima kasih kepada kengkawanyang sudi vote story aku.....


moral of the story- eh...ini pun ada moral gak?
- korang dapat pahala sebab tolong aku.
- aku boleh dapat hadiah.
- korang nye bill tinggi sikitlah ....amal jariah tak pe kan?

he..he..he..he...

25 September 2010

-layan internet free di handphone anda.

sekarang orang lagi gila facebook,twitter dan surfing internet sampai semua kerja terbengkalai...hampeh.
tetapi internet kat malaysia dalam kategori mahal...he..he..he..
tetapi sape yang ada laptop,handphone wifi boleh layan free kat kedai mamak atau kedai makanan segera...tetapi yang tak ada ?

meh sini aku nak ajar korang cara surfing internet free kat handphone...FREE..sedap dengarnya.
tetapi pastikan korang ada handphone yang canggih sikitlah ( yang boleh masuk aplikasi ) dan lagi satu memerlukan maxis prepaid card ( ala baru berapa ringgit ).

apa yang perlu anda buat -

1-pastikan handphone anda canggih sikit...kalau setakat nokia 3315 boleh pergi jauh-jauh.
2-pergi kedai handphone...beli maxis prepaid.
3-amik handphone korang yang canggih sikit tu dan download dan install opera mini 5.
http://www.opera.com/mobile/ lepas tu install lah kat handphone.
4-lepas tu kena settinglah sikit handphone tu ( prepaid maxis ).
* press*100#.
* select 7 for servise.
* select 1.
* select 9 untuk prepaid broadband.
* select 4 untuk server switching.
* select 2 untuk switch to prepaid broadband.
* last sekali press 1 untuk proceed.
kalau step * tak boleh...sila buat sampai boleh.

lepas tu pasti korang dapat sms dari maxis yang menulis seperti ini "your sim has been changed to the profile of broadband APN=bbnet you" dari nombor 28222.

tetapi korang lepas ni tak boleh lagi received mms lah....ala buat apa mms..layan internet lagi berbaloi-baloi.

dah siap semua ? pergi kat handphone menu application dan run opera mini 5 yang kurang install tu. ( kalau tak tahu install...pergi kedai handphone dan anda mungkin di charge rm 18 ).

dah ? apa lagi....start lah surfing internet....mudah kan?
betul ke free? tak percaya ? lepas korang surfing pergi check balance balik....ada yang kurang?
tak kan?.

dah....korang tak payah lagi layan wifi free kat kedai.
layan free je kat handphone korang.

kalau dah semua...apa lagi ucaplah terima kasih kat maxis dengan systemnya yang lemah itu sampai orang boleh layan free.
tetapi kena cepat sebelum aku masuk kerja kat maxis jadi tecniciannya...ha..ha..ha...

ini bukan cerita tipu...tetapi benar belaka.


moral of the story -
- kalau korang pandai...apa-apa pun boleh free.
- pastikan jangan tengok benda-benda tak senonoh.
- kalau boleh janganlah layan free...nanti tak kaya tokey maxis tu...

okay selamat bersurfing free.

- di kejar anjing.....

sesekali gelak sendiri mengingati cerita lama memang mengasikkan...
1982 kami sekeluarga tinggal di sebuah estet getah di setapak.rumah kami adalah lot banglo peninggalan brittish dan di hujung sekali ( rumah ni berhantu...kalau malam buaian depan rumah bergerak sendiri ).tapi aku bukan nak cerita pasal hantu tetapi mengenai anjing.
dari pintu masuk hingga ke rumah kami itu harus melalui berpuluh-puluh biji rumah pekerja yang terdiri dari kaum india( majority ) dan china.untuk info hanya ada 3 family melayu disini.satu family manager nama dollah,satu ketua pengawal dan satu family aku lah.
biasanya aku kalau balik dari kedai akan tunggu land rover bapak aku atau land rover pekerja untuk pulang ke rumah.tetapi pada hari itu bapak aku ada meeting so tak dapat ambil kami.terpaksalah jalan kaki....dalam perjalanan pulang anjing2 mula menyalak-nyalak dengan wajah yang menggerunkan..aku mula melangkah laju...makin lama makin laju..anjing2 itu juga bergerak semakin laju ( lagi laju dari aku ).aku apa lagi..bila menoleh aku tengok anjing2 itu mula mengejar aku..aku terus berlari tetapi malangnya rumah aku jauh lagi dan terpaksa mencari perlindungan di sebuah rumah cina yang ku panggil apek ah keong.dia pun menghalau anjing2 itu dengan bahasa cina.lepas tu dia pesan kat aku...

" lu nampak itu anjing...lu jangan lari......"
mana boleh tak lari......nahas kalau tak lari tadi.sebab aku respek kat apek tua tu aku jawab dalam hati je dan mengiyakan sahaja.

esoknya aku di kejar lagi.....
rumah apek tua tu juga yang aku singgah....dia pesan lagi....
" esok lu pegang kayu....nanti dia tadak kejar punya ".

esoknya...masuk je pintu gerbang estet tu...aku mencari kayu...
malan juga bagi ku...
aku tetap di kejar dan lari sampai ke rumah apek itu....
"apasat awak bawa itu kayu? itu anjing manyak takut..mesti dia kejar maa"
alamak ! apa apek ni ? semalam cakap suruh bawa kayu.....hari ini jangan bawak plak....confius aku.

3 hari berturut-turut menyebabkan aku serik keluar sorang-sorang...so aku tunggu je lah bapak aku bawa keluar.....ceh....hampeh tul....


moral of the story-
- ko lari ke..jalan ke...bawa kayu ke...kalau anjing tu nak kejar...dia kejar gak.
- kena dengar juga kata orang tua walaupun tak betul.
- lain kali jangan duduk kat area yang banyak anjing.......


***tapi best gak duduk kat estet ni....memang satu malaysia.
sampai kenduri orang india mati pun aku pergi...siap tengok depan mata lagi....

24 September 2010

-rock kapak yang kapak.

kali ini aku nak bercerita pasal 'rock kapak' dan influiennya terhadap aku.
walaupun era rock kapak aku masih lagi bersekolah dan umur pun baru sekitar 16 atau 17 sahaja tetapi aku dalam kategori hardcore lah juga.
duduk kat negeri perak zaman rock kapak memang best sangat kerana konsert ada di mana-mana terutame time funfair.

aku dulu memang minat sangat dengan SYJ pada awal kemunculannya dengan imej ala-ala kumpulan dari barat iaitu KISS.kumpulan ini memberikan aku idea untuk bercelak kalau ada konsert sampai habis celak mak aku kerjakan.
Febians pula aku syok dengan lagu slownya 'untuk mu sayang ' ,vocalisnya Nasha memang mendayu-dayu mendendangkan lagu ini.

tetapi antara kumpulan rock yang ada memang tak boleh lawan dengan BPR dari segi mutu lagu terutama dengan album-album yang hits.konsert dia yang aku tidak boleh lupa ialah di dewan perbandaran taiping pada tahun 1989.

tetapi masuk era 90an datang blackrose walaupun hanya muncul dengan satu album tetapi masih menyengat dengan lagu penantian,cinta abadi,mawar hitam.ini still peberet aku sehingga kini walaupun kumpulan ini tidak wujud lagi.

sofea pula adalah penjenamaan semula SYJ masa ini popular dengan lagu bunga padang pasir nyanyian basistnya iaitu man rani.aku pernah tengok konsert dia dan man rani mendendangkan lagu ini sambil bermain double bass yang bagak tu.
junction walaupun agak terbelakang dari semuanya tetapi aku minat rambut penyanyinya iaitu hatta dan aku pernah follow stail rambut tu walaupun kurang menjadi.
masa zaman rock kapak ni memang kasut high cut amat popular,kalau yang ada duit banyak akan beli brand nike dan yang kopak tu pakai aliph ( top giler tu brand ni ).seluar ketat jangan ceritalah...kalau nak pakai kena sarung plastik dulu baru boleh masuk.kepala tali pinggang wajib yang besar...lagi besar lagi bagus.
tetapi itu dululah....walaupun zaman rock kapak telah berlalu namun lagu-lagunya masih top sehingga sekarang.
tahun 1991 fesyen GQ melanda....ala pesen yang seluar warna ungu atau jingga tu pastu besar dari peha sampai ke kaki.aku tetap dengan pesen rock kapak walaupun geng-geng aku dah bertukar trend...........kapak tetap kapak.
moral of the story-
-lagu-lagu rock kapak memang best.
-jangan bawa kapak semasa konsert.





-jangan curi basikal roda 3 itu.

korang kalau tengok basikal roda 3 ini ada apa? kenangan ? memori ?

bagi aku ada cerita yang tak sepatutnya terjadi mengenai basikal roda 3 ini.

hujung tahun 80an adalah zaman kegemilangan FUNFAIR...
memang famous giler lah funfair masa tu...
kalau ada funfair mesti ada konsert rock....paling top masa tu MAY,SYJ,WINGS,ARIWATAN dan lain-lain lagi.
so...apa kena mengena funfair dan basikal roda 3?
ketika itu aku tinggal di sebuah pekan kecil padang rengas...lebih kurang 13 km dari bandar kuala kangsar.masa tu kuala kangsar amat top menjadi lokasi funfair atau lebih tepat lagi lokasi funfair tu adalah di stesen keretapi kuala kangsar.
biasanya funfair akan habis konsert nya pada sekitar jam 11.30 malam atau lewat sedikit dan bagi aku yang tinggal jauh sedikit perkhimatan keretapi adalah yang utama kerana waktu itu perkhimatan bas red n yellow telah habis waktu.
tetapi entah apa nasib aku masa tu....tengah layan syok konsert..terdengar bunyi siren keretapi..di hati ini terdetik...adakah itu keretapi kami?
habis konsert..terus berlari ke stesen keretapi...tetapi malangnya stesen master memberitahu bahawa keretapi telah berlalu.macam mana nak balik ni? kalau berjalan memang tak mampu..pasti keluar peluh jantan..betina dan pondan.
so aku ngan 2 orang kawan aku lagi ( nama di rahsiakan kerana mereka berdua ini memegang profesen yang yang memerlukan keperibadian tinggi ) slowlylah berjalan.
sampai hadapan hospital kuala kangsar kami terpandang sebiji basikal roda 3.apa yang kami buat? apa lagi kami rembat basikal itu dan bergilir-gilir menganyuhnya sehingga sampai kerumah masing-masing.malang bagi aku kerana antara kami bertiga..aku yang terhujung sekali rumahnya dan terpaksa menganyuh hampir 2 km berseorangan pada jam 2.00 pagi.
akhirnya basikal itu aku campakan ke dalam parit di hadapan perumahan rumah aku....
ha..ha..ha..jahatnya aku ketika itu...kesian tuan punya basikal itu..mungkin sedang mencari-cari untuk di bawa mencari rezeki.maafkan aku si punya basikal roda 3.


moral of the story-
-jangan suka mencuri....tidak kira basikal roda 3 ke 4 ke 5.
-jangan suka tengok konsert malam-malam.
-pastikan tengok jam selalu bila di funfair.

22 September 2010

-kawan sejati dan jujur

orang cakaplah bukan aku....
rokok adalah contoh sahabat yang paling jujur sekali....kenapa orang cakap cam tu?
pernah korang dengar kawan ko cakap yang dia kaki penipu?KAKI kencing?kaki paw?dan macam-macam jenis kaki lagi.
jangankan baru berkawan...sudah lama pun masih tak tahu....dah terkena baru tahu.
kenapa rokok sahabat yang jujur?
sebelum bersahabat dengan rokok...terus terang dia cakap kat korang yang dia ni bahaya...amaran lagi siap dengan gambar dia bagi kat korang...terpulang pada korang...nak kawan dengan dia atau tidak.

ada kawan ko yang baru korang kenal cakap -
"wei ! aku kaki kencing...jangan kawan dengan aku"
ataupun "hai! saya si polan bin si polan....saya kaki paw...nak tak kawan ngan saya? "
pasti tak pernah jumpa kan......

kenapa aku tulis pasal ini?
sebab aku pernah kena kencing dengan mamat satu kerja dengan aku.
cerita cam ni -
dengan muka toyo dan sedih dia jumpa aku...cerita sedih semua keluar ( aku bab cerita sedih ni sikit ada feeling sebab aku pernah mengalaminya ).dia nak pinjam duit aku rm3000.( wei banyak tu ).
was-was gak aku nak tolong sebab banyak sangat tu....selepas seisi tawar menawar akhirnya aku setuju bagi pinjam separuh dari itu ( rm 1500 ).dia punya janji cukup baik...start bulan depan dia bayar rm 300 ( ansuran lah tu...tak kisahlah janji bayar ).
dia pul;ang dengan wajah gembira sementara aku dengan wajah yang was-was.
1 hb aku dapat panggilan dari dia ....nak jumpa depan kilang...wah...bagus ni..janji di tepati.
jumpa je aku...cerita sedih lain yang keluar...bulan ni tak dapat bayar...ceh ! muka aku pula yang sedih.
bulan depan nye dah masuk 5 hb....khabar berita pun tak dengar..lepas aku telefon dapatlah rm 150....
bulan berganti bulan...tahun berganti tahun dah masuk dekat setahun setengah hutangnya masih ada rm 850 ( baru bayar rm 650 ).lepas tu senyap-senyap dah berenti...lepas tu pindah tempat lain....ceh ! kelepet punya orang...hoi! nak bagi makan anak bini tu carilah duit halal....
moral of the story -
- jangan percaya dengan kawan.
- jangan percaya dengan cerita sedih walaupun ceritanya ada side effect.
- jangan jadi macam aku.( kena kencing ).
- jangan buat macam tu...tak baik sebab kalau betul-betul orang susah nak minta tolong macam mana?
***aku tak boleh dengar cerita sedih sebab aku pernah mengalami saat-saat genting macam ini..sehinggakan nak beli beras pun duit tak ada.tiap-tiap bulan kena pinjam orang.


-kawan oh kawan di mana engkau kawan.

alam siber telah menemukan kembali kawan-kawan yang pernah menjadi kawan aku ketika waktu sekolah dahulu.ada yang hampir 30 tahun tidak bertemu ( last jumpa 1984 ) dan ada yang terakhir aku jumpa tahun 1987,1989 dan 1991.FB telah menemukan aku kembali kepada kawan-kawan aku itu.
aku teringat lagi pada kawan-kawan aku yang pernah bersama-sama memboikot pelajaran muzik kerana kamai katakan haram ketika darjah enam.ketika pelajaran itu bermula sahaja kami akan keluar kelas.sekarang apa yang jadi pada kami semua itu?dua dari kami yang berempat itu belajar agama hingga timur tengah...lagi satu di um..aku?ha..ha...tersempit antara kehidupan dan kemajuan.


aku memang tidak pernah ada kawan seperti do re dan me yang bertemu dan mengharungi susah dan senang kerana ada setengah kawan aku yang bergelar pegawai kerajaan yang pernah agak rapat ketika dahulu endah -tak endah ketika aku telefonnya dahulu.mungkin taraf aku pekerja kilang tidak layan untuk berkawan kembali seperti dahulu.
aku juga tidak ada kawan yang betul-betul boleh melawak kalau bertemu seperti three stoggers,tetapi aku rindukan kawan-kawan lama yang pernah bergelak sakan ketika dahulu tetapi masa adakah ruang ketika ini.aku akui aku insan yang paling terbelakang antara mereka...masih merempat di rumah orang...tak mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah.Lihat sahaja profile semuanya menjadi warga kerajaan yang berkedudukan...aku? hanya seorang pekerja kilang yang bertungkus lumus siang dan malam mencari rezeki yang halal walaupun tidak mewah tetapi bersyukur.
aku bukan juga seperti ramlee,ajis dan sudin yang masih berkawan walaupun sebentar di kampong pinang sebatang dan merayau sehingga ke kampong dusun.malukah mereka berkawan dengan aku yang hanya bekerja kilang?
ha..ha..ha..ha...lantak lah korang...nak kawan..kawan tak nak sudah.kalau beras rumah aku habis pun bukan korang yang beli pun...tak luak pun kalau korang tak nak kawan dengan aku...ha..ha..ha..
moral of the story-
- frasa enggang dan pipit tak dapat terbang bersama masih lagi relevan sekaramng ni.
- kalau belajar tu rajin-rajin so boleh kerja yang hebat.
- jangan ego dengan apa yang ada.
- dan last sekali kepada aku sendiri...lain kali jangan berlagak masa dahulu kan sekarang dah susah.....ha..ha..ha..( aku dulu apa masalah >??) - lu pikirlah sendiri.


-raya 2010 kronologi

kerana kesibukan menyambut raya dan sibuk akan kedemaman anak dan seisi keluarga,baru sekarang aku dapat uplode gambar raya.

Story of the 2010 raya -
pepagi lagi satu family dah bangun,orang umah aku no 1,arrange untuk mandi sunat aidilfitri dulu dan di susuli dengan mengenakan pakaian serba baru untuk ke surau.
tetapi sebelum itu pekena dahulu secawan teh.
pergh....sesak lah pulak surau kali ini ( kerana pertumbuhan warga Bangla ) dan orang kampung yang pulang di peratauan.
lepas sembahyang....bersalam dahulu dengan warga tua terus cabut balik rumah.
anak dara aku dah siap...so sibuk suruh tangkap gambar dia dahulu.dia ni bab tangkap gambar no 1.
yang lelaki ini payah sikit....suruh berposing susah nak control.

yang ini patah lagi...memang lagi payah.
namun atas sedikit kekerasan seisi bergambar berjalan agar lancar walaupun kekadang suara aku terpaksa di increasekan volumenya.
dik ! kenapa bedak bertempek sangat?
emm...tolong tutup mulut tu sikit....tak manis menunjukan gigi yang besar tu ye....
aku pun nak tumpang semangkuk dua walaupun dah sedikit tua nampak di gambar.
eh....kenapa baju nak sama dengan langsir tu ?
ini aku dan isteri yang tersayang ( purple vs coklat gold ).
kenapa warna lain?....ish...ish..panjang ceritanya.walaupun dipendekan tetap panjang juga so....tak payahlah membazir waktu untuk diceritakan.
wei...!! kenapa pakai seluar jeans?...he..he..aku memang dari dulu geli nak pakai seluar baju melayu yang nipis tu....
ini gambar aku satu family yang lengkap tanpa ada satu pun yang tertinggal atau di tinggalkan.
ini wajah anak aku yang bongsu.....
seisi salam dan bermaafan antara family aku terpaksa di sensor kerana ada adegan yang menyayat hati ( ha..ha..ha..ha..).
Selepas seisi di rumah aku selesai ( makan,bergambar dan bermaafan ) kami mula bergerak menuju kerumah orang tua aku yang berpelaung-laung jauhnya.
ini kedua orang tua aku yang sedang menatikan anak dan menantu serta cucu untuk bermaafan dan......ehem..ehemm.

Biasanya seisi ini akan di mulakan oleh family abang aku dahulu namun atas sebab - sebab tidak dapat di elakan ( abang aku dah salam..lepas itu bergegas pulang untuk ke rumah mertua ) so pangkat pertama jatuh kat aku.( kakak aku juga tiada kerana berhari-raya di kuala kangsar ).
giliran isteri aku pula.
dan anak-anak aku....
family adik-adik aku yang lain tak aku attachkan kerana tidak berapa relevan dengan story aku ini.
ini family aku dan kedua orang tua aku.( masa ini anak bongsu aku sedang lena di dalam buaian ).
antara family-family adik beradik aku yang ada.tahun ini agak sunyi kerana kebanyakan tahun ini banyak adik beradik aku yang berhari raya dengan family mertua.tahun depan insyaallah giliran aku pula berhari raya dengan mertua.
Selepas berkunjung-kunjungan ( rumah nenek dan pak cik serta makcik aku yang lain ) dan lepak sehingga malam di rumah emak...kami sekeluarga pun berangkat pulang.
raya d hari kedua kurang ceria kerana pulang sahaja dari rumah emak ...anak aku yang bongsu demam.badannya agak panas dan malam tidurnya merengek-rengek.
Pagi-pagi lagi aku sentuh dahi anak aku yang bongsu itu dan masih panas lagi.
selepas siap semua berpakaian serba baru yang ke dua kami ke klinik dahulu.
dapatlah ubat untuk anak aku yang bongsu itu dan kami singgah untuk berhari raya di rumah pakcik aku.di sini anak aku semakin merengek dan menangis...so hanya sebentar sahaja di rumah pak cik aku itu sebelum bergegas pulang.
sebelum sampai rumah aku..kami singgah sebentar di rumah sahabat kami suami isteri yang baik hati kerana ingin melihat anak barunya sambil memberi sedikit buah tangan.
Raya ke dua habis begitu sahaja dan hanya 2 buah rumah sahaja yang dapat kami kunjungi kerana anak aku yang demam itu.malamnya anak aku masih lagi merengek dan terganggu tidurnya.kami bergilir-gilir menjaga anak kami itu.
sebelum itu jam 11.00pm pergi ke 7 eleven kerana mendapatkan cool fever untuk di tampal di dahi anak kami itu.( pada masa ini juga anak aku yang lagi satu lagi juga mulai demam ).
pagi raya ketiga kami tidak dapat kemana-mana kerana jumlah yang demam menjadi dua.
namun mood raya masih ada...walaupun duduk dirumah..pakaian tetap baru.
anak-anak aku yang demam agak berkurangan panasnya setelah matahari mula meninggi dan kami mengambil keputusan untuk berhari raya ke rumah abang sulong serta saudara aku yang lain.
Jam 7.00pm kami sudah bersiap-siap untuk menuju ke rumah emak kerana ada sedikit majlis,tetapi pada masa ini kedua anak aku itu semakin tinggi suhunya.badan berbintik-bintik menjadi kebiruan.aku mula tidak keruan.
selepas menghantar anak aku yang sulong dan ke dua ke rumah emak,aku bergegas ke hospital besar untuk membawa anak-anak aku itu.
sampai di hospital kedua-duanya di ambil darah untuk pemeriksaan.alhamdullilah keputusannya bersih tiada apa virus atau penyakit yang datang. ( bekalan ubat demam dan selsema di berikan ).
sampai rumah emak aku jam menunjukan jam 11.30pm,tetamu masih ada lagi berkumpul.bbq masih lagi berjalan..so kerana aku pantang nampak ayam bakar ....apa lagi...yum...yum..yum...( berapa aku sumbat dalam mulut..itu rahsia ).
Pulang dari rumah emak hampir jam satu....
tidur anakku masih lagi terganggu...kami bergilir lagi menjaga.
pagi isninnya aku emergency leave kerana anak ku masih demam dan aku tak cukup tidur.
klinik sudah...hospital sudah...darah okay...ubat sudah makan tetapi kenapa anak aku masih merengek dan demam lagi?
ini tidak boleh jadi...aku harus mencuba secara alternative...penawar secara islam harus aku ambil.
Alhamdullilah...anak-anak aku mulai sembuh dan tidur malam tidak lagi meracau dan terganggu tetapi isteri aku pula demam pada hari selasanya.Aku juga mulai panas namun hari itu aku mula bekerja walaupun jumlah bersin ku melebihi jumlah output production kilang aku.
Raya kelima (rabu) habis begitu sahaja...tiada satu pun rumah yang dapat kami kunjungi kerana isteriku yang demam itu...hanya melayan tetamu yang hadir sahaja.
Raya keenam ( khamis ) aku gagahi juga ke tempat kerja walaupun kesihatan ku semakin tidak stabil.Ini tidak boleh jadi...jam 9.00am aku ke klinik panel dan di berikan mc untuk hari ini.
Pulang sahaja....aku dan isteriku membaham ubat yang di berikan dan terlena akibat ubat selselma dan batuk yang mengantukkan itu.
Begitulah seterusnya raya aku itu masih lagi berlegar di rumah sahaja kerana selepas aku dan isteri ku sembuh ...anak aku yang sulung itu pula demam.
moral of the story -
- raya tahun ini raya demam bagi family aku.
- mood raya kurang menarik kerana demam.
so...jagalah kesihatan di hari raya.