25 Ogos 2010

-Tok Janggut ( pejuang kita ) - mood kemerdekaan.

Sempena bulan kemerdekaan negara kita yang ke 53 ini mari kita bersama-sama mengenang jasa-jasa pejuang asal yang menentang penjajahan Brittish.

Inilah nasib pejuang kita yang gugur di tangan kolonial Brittish.
Al - fatihah kepada pejuang yang gugur ini.

-penduduk negara jiran yang biadap.

Penduduk negara jiran tetangga kita semakin biadap terhadap kedaulatan negara kita yang tercinta ini.
Adakah negara kita terlalu lembut dalam menghadapi setiap permasalahan seperti ini...hingga mereka semakin biadap terhadap kita?

Mereka tidak sedar bahawa ada 2 juta rakyat mereka yang mencari rezeki di sini dan ini tidak termasuk lebih 2 juta yang mendarat secara haram.
Apa tindakan lanjut dari kerajaan kita dalam menghadapi situasi begini?

-selimut busukku.

Aku sangat sayang kepada selimut ku ini.
Aku masih ingat lagi kali pertama emakku memberikan selimut ini padaku ketika aku berumur 7 tahun iaitu 31 tahun yang lalu.
Emak ku adalah seorang penjahit baju kurung yang mengambil upah dari orang kampung serta jiran tetangga.Baki kain atau lebihannya telah di cantumkan menjadi sehampar selimut dan di berikan kepada ku.


Aku amat sayang sekali kepada selimutku ini.Emak ku akan menambahkan saiznya mengikut pertambahan pada badan ku ini.Seingat aku kali terakhir penambahan yang dilakukan adalah ketika aku berumur 18 tahun kerana selepas itu ketinggian aku tiada menunjukan pertambahan.
Sehingga aku mendirikan rumahtangga pada 1997 selimut itu masih kusimpan dan ku bawa apabila aku menyewa rumah sendiri.
Walaupun aku tidak menggunakanya sebagai selimut namun aku akan memegangnya di kala aku tidur..jika tidak pun akan kualas sebagai bantal tidurku.Tidurku tidak lena tanpanya.
Hari berganti hari...akhirnya dapat jua aku berpisah tidur dengan selimutku itu ...itupun setelah aku mendapat 4 orang anak.
Pada permulaan perpisahan memang sukar...kerana sudah berpuluh tahun aku tidur di temaninya.(walaupun aku dah berkhawin..kalau selimut itu koyak ..aku masih menyuruh emakku merepairnya ).
Sehingga kini selimut itu masih ada...aku tak sanggup untuk membuanganya.Kerana ia seperti sebahagian dariku.
Masih cantik dan anggun di pandangan ku ini walaupun fungsinya kini sebagai selimut kereta ku.




-kerana sebiji 'singgam'

Ramadhan tahun masihi 1982 ( hijrahnya aku lupa ) aku bersama 3 orang kawan aku iaitu Zaidi ( anak arwah ustaz Omar ),Saiful Bahri ( umah dia dulu tepi mesjid Bukit Kapar ) dan Saiful berbasikal di hari Sabtu untuk ke pekan meru.
Cuaca sungguh terik ketika itu walaupun jam hanya menunjukkan jam 11.00pagi.Tujuan kami adalah untuk membeli pistol mainan untuk di gayakan di hari raya nanti ( biasalah bebudak kan ).
Sampai di pekan meru yang jauhnya hampir 5 kilometer dari umah aku wajah kepenatan semakin kelihatan di wajah kami.Namun ceria kembali apabila melihat pistol-pistol mainan bergantungan di kedai.
Dapatlah seorang sebiji pistol...siap dengan pelurunya.Perg...mesti bergaya aku nanti di pagi raya.Sebelum pulang salah seorang kawan ku itu membeli sebungkus 'singgam' ....untuk berbuka katanya.Singgam yang berwarna-warni dan berbentuk bulat itu memang menggoda sekali....argh...puasa ni...jangan lupa.
Selepas dapat apa barang yang hendak di beli...kami mula mengayuh untuk pulang...ketika itu matahari semakin tegak di kepala...membahang sekali.
Sesekali aku menoleh kearah kawan ku di belakang...semua kelihatan keletihan.
Aku mengajak mereka berehat sebentar di tepi jalan....ketika turun dari basikal...singgam yang di beli oleh kawan ku itu terkeluar dari poket seluarnya...tak semena-mena air liur ku mula menitik...aku lihat kawanku yang lain begitu juga...tidak tahan dengan godaan singgam yang berwarna-warni itu.
Semua memandang padanya...mengharapkan kawan ku itu akan mula membuka bungkusan singgam itu dan diberikan seorang satu....tapi seperti tiada harapan.....di simpan kembali singgam itu di poket seluarnya itu.Malang baginya..singgam itu tergolek keluar lagi kerana bocor poket seluarnya itu.
Aku tak pasti siapa yang mula berkata "singgam tu tak nak di simpan agaknya"...tapi yang pasti bukan aku yang mengucapkanya.
Yang empunya singgam mula menoleh kearah aku dan kawanku yang lain...masing-masing sedang menelan air liur.
Tiba-tiba plastik singgam di buka....yang empunya mula mengunyah...yang lain hanya mmandang dan mengharap....dihulurkan seorang sebiji..dan tanpa menoleh kiri-dan kanan singgam sudah berada di mulut masing-masing.
Balik ke rumah aku menyambung kembali puasa ku itu.....
Ha..ha..ha...kerana sebiji singgam aku sanggup ponteng puasa.
Ha..ha..ha..hanya sebiji itu sahaja yang terisi di mulutku sehingga berbuka.
Ha,,ha..ha..sungguh tak berbaloi aku ponteng puasa hanya kerana sebiji singgam........

20 Ogos 2010

-apa beza Tugu Negara dengan Naval War Memorial?

Tugu Negara adalah sebuah tugu yang di bina bagi mengingati pejuang-pejuang yang terbunuh di dalam peperangan.Tugu ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.
The Naval War Memorial juga adalah sebuah tugu yang di bina untuk menghargai jasa semua askar yang terkorban di dalam peperangan.Memorial ini terletak di Plymouth Hole yang terletak di Bandar Plymouth,United Kingdom.
Apa perbezaannya?
Sila lihat nama-nama yang terukir sebagai pejuang di Tugu Negara,ada anda lihat nama-nama yang kemelayuan?Adakah tiada askar melayu yang berjuang di dalam mempertahankan negara?adakah semua orang melayu ketika itu bersembunyi...takut?Atau hanya tentera Brittish yang berjuang dalam mempertahankan Tanah Melayu dari serangan atau tawanan Jepun?
Semua itu adalah propaganda Brittish semata-mata...oleh kerana tugu ini di bina oleh mereka maka hanya nama-nama tentera Brittish yang terukir di sini.

Cuba anda lihat pula Naval War Memorial ini pula.Satu statue yang tiada langsung berbentuk seperti berhala.Adakah warga Brittish lebih sensitif dengan membina tugu yang tidak menyerupai berhala?.

Lihat pula nama-nama yang tercatat....bangga kerana nama-nama tentera Melayu yang turut terkorban turut tercatat di sini sebagai tanda mengingati jasa perjuangan mereka.

Kebanyakkan tentera dari Tanah Melayu ini adalah tentera laut yang berjuang bersama-sama tentera Brittish yang lain.
Sempena bulan kemerdekaan tahun ini kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua tentera Tanah Melayu yang terkorban ketika berjuang untuk mempertahankan tanahair yang tercinta ini.Al -Fatihah.




19 Ogos 2010

-Ayeen demam.

Ahad demam....bawa gi klinik.Isnin masih demam...kali ni bawa gi klinik kerajaan pulak.Mungkin boleh detail lagi checking.Dapat lagi ubat demam...temperature 38c.Lepas bagi ubat turun jadi 36c.
Balik lagi....... doktor pesan kalau masih tak sembuh bawa lagi pada hari Rabu.
Rabu pagi masih lagi belum ada tanda-tanda reda....asyik meragam dam menangis.
Bawa lagi klinik......doktor cakap kena ambil darah...mana tau ada apa-apa virus.
Aku berdebar....kerana ketika umurnya hampir sebulan...dia demam juga...ambil darah...ada jangkitan pada darah.Seminggu duduk hospital dengan tiub ubat bersilih ganti dari tangan bertukar kaki.Aku pun turut bermastautin di hospital....sedih aku lihat dirinya ketika itu.
Kali ini aku berharap dan berdoa tiada apa-apa menimpanya.....
Alhamdullilah......darah baik tiada apa jangkitan atau penyakit yang mengganggu.Dapat lagi bekalan ubat demam dan selsema.
Kenapa masih belum sembuh?
Kali ini aku mencuba cara altenatif pula....berdoa pada Tuhan agar dirinya cepat sembuh.Aku mahu melihat tawanya lagi yang menhiburkan aku.
Sahur ini aku memegang dahinya...masih ada tanda-tanda panas walaupun tidak sepanas siang tadi.
Oh Tuhanku...sembuhkan lah anak ku ini.....

15 Ogos 2010

-Batista WWE wrestler wearing PROTON shirt.

aku tak pasti ini acara apa...tetapi aku bangga akan tulisan PROTON itu.

14 Ogos 2010

-lagi penggusti mati.

I've been told by multiple sources that Lance Cade has indeed died this morning at the age of 29 ( at his family home in San Antonio,Texas ) .Complete details are still unavailable but the word is he died of heart failure.

Itu je yang sempat aku khabarkan.
untuk cerita lanjut dan gambar beliau boleh refer blog wrestling aku.

Name - Lance K.Mc Naught
ring name -
Lance Cade.
Garrson Cade.
Cowboy Cade.
born - 02.03.0981.
died - 13.08.2010
cause of dearth - heart failure.

memang banyak penggusti tang mati kerana kegagalan jantung berfungsi.

-zip seluar terbuka.

zip seluar anda pernah terbuka di khalayak ramai?
pernahkah anda menegur orang yang terbuka zip seluarnya?
aku tak pasti sindrom terlupa memasang zip ini.perlu ada kajian langsung tentang perilaku ini.
antara perkara yang paling menakutkan aku adalah sindrom ini.
sebabtu aku selalu check dan recheck zip seluar aku ini walaupun ketika itu aku menunggang motor.malu oi.......

kalau ada awek yang betulkan tak pe lah juga......siap amik kesempatan lagi.
jangan bimbang sindrom ini juga melibatkan actor terkenal Bradd Pit.So kepada yang pernah terbuka zipnya itu...awak setanding dengan nya.
Cerita pasal zip terbuka ini aku ada pengalaman lucu lah juga melibatkan kawan sekerja aku.
ceritanya cam ni.....
setiap pagi sebelum waktu bekerja bermula kami sebagai supervisor akan mengadakan perhimpunan pagi.kami akan berdiri di hadapan puluhan pekerja yang semuanya warga asing dari seberang serta dari bangladesh.
semasa perhimpunan aku yengok pekerja ramai yang berbisik-bisik dan tersenyum serta ada yang tergelak.aku sudah mula tak senang berdiri.apa sebabnya.
makin lama semaki kuat gelaknya....lepas tu aku tengok ada pekerja lelaki bangla yang menunjukan zip seluarnya sambil menarik-nariknya....terus aku check balik zip seluar aku...okay je tertutup.lepas tu aku menoleh kat kawan aku ( nama di rahsiakan )....zip nya aku tengok..aku tak tahan nak gelak...aku gelak kuat-kuat...belum sempat aku nak tegur ada seorang pekerja perempuan indon yang agak nakal sikit menjerit "bang...bang...di tutup nanti burungnya terbang...."aku apa lagi gelak sekuat-kuatnya.
tetapi yang aku respek kat kawan aku yang zip nya terbuka tu ialah dia relax je...tak de pun nampak kelam kabut atau malu.relak je tutup balik zipnya dan menyambung perhimpunan seperti tiada apa yang berlaku sebelum tu ( tetapi dalam hati tiada siapa yang tahu ).
moral dalam cerita ini : pastikan anda mengecheck zip seluar anda selalu.
masa type story ni pun aku sempat check seluar aku...takut terlupa tutup.

-bazaar ramadhan di meru.

Hari ini hari ketiga umat islam berpuasa.
pada hari ini juga baru ada kesempatan untuk aku mengunjungi bazaar ramadhan.
jam 6.20pm aku dah gerak keluar dari rumah,sebelum tu singgah sebentar mengutip hutang...dapatlah.
singgah dulu pasaraya 99 beli susu anak...lepastu baru bergerak ke bazaar.
mak ai.....banyak nye orang.

dari pandangan tempat aku parking motor.
kiri dan kanan sama sahaja...penuh ngan orang membeli dan lepak lepastu baru belah.

saje aku klik hujung sana sebab ada ayam panggang....( peberet aku ).


aku klik kat sini sebab ternampak orang pakai baju/uniform yang sama ngan aku pakai masa kerja ( maksud nye tu sama kerja ngan akulah ).

lemang antara juadah yang di jual...dah nak habis pun.

eh...bang relax je.....
ni semua berdiri di hadapan gerai menjual roti john....kena beratur.


termasuklah aku sekali...lama tak pekena roti john ni.....
beli roti john,karipap panjang dan lonjong serta kuih pelita aku pun berangkat pulang.
jalan pun agak jammed....maklumlah warga meru ni banyak yang bekerja..oleh itu sinilah tempat untuk mencari juadah berbuka puasa.
harga? tidak berubah...sama sperti tahun-tahun yang lalu.cuma aku minta quality di pertingkatkan sebab tahun lepas banyak yang tak sedap hasil jualannya.
hari ini aku pun dah terkena...beli kuih pelita tiada rasa langsung.agak agak mungkin yang buat kuih ini terlupa menaruk gula ( tak pe aku maafkan kesilapan itu ).

11 Ogos 2010

-1 Ramadhan.

Ramadhan yang bermula hari ini bukan sahaja bulan untuk meraih pahala dengan beribadah tetapi juga peluang aku untuk menguruskan badan.

last aku timbang bulan 6 adalah 88.55 kg tetapi semalam aku rasa macam lebih sikit sebab lubang emergency pada tali pinggang aku telah di gunakan.
semoga aku dapat menguruskan/mengurangkan berat badan aku ini seperti tahun yang lepas di mana pada 30 Ramadhan berat aku hanya 78kg sahaja padahal sebelum itu berat aku adalah 87kg.

10 Ogos 2010

-tea talk di UNISEL

Pada 05.08.2010 yang lepas aku punya big boss merangkap tuan punya kilang Top Glove Corporation telah di undang khas untuk menyampaikan ucapan di tea talk bertempat di UNISEL Shah Alam.
kata-kata ucapan dari yang berbahagia Tan Sri Lim Wee Chai ( boss aku lah tu ).
antara professor dari UNISEL yang kyusuk mendengar ucapan yang di selang seli dengan lawak...( muka boss aku nampak serius tapi kalau buat lawak kalah Haris Iskander )

tetapi sebelum tu kena tunjuk corporate VCD dulu ( dalamnya ada gambar aku sedang berlakon check temperature ).


ini mendebgar ke terlelap?

gambar sebagai kenangan yang aku lalu kat tempat ni...

dah bagi ucapan kena bagi souviner.....
he...he...

banner kat pintu masuk...

gaya seorang pelajar yang tak layak masuk 'U'.

bersama kengkawan yang lain yang kebanyakkanya lepasan dari 'U'( aku je tak ).

barulah betul pergi UNISEL....beg tu souviner.

berebut keluar nak balik....lebih kurang jam 5.18pm.
lambang UNISEL .....
kena tangkap gambar kat sini baru ada kenangan yang kita pernah pergi kat sini....

lah...cam na gambar ni lambat masuk...
ini masa pendaftaran....


check dulu nama....kalau tak ada boleh balik ye...sebab tempat terhad.
sebelum acara bermula..
baca dulu browser yang di berikan.( betulke benda tu kita panggil browser? ).
belek lagi apa yang patut.....tempat kosong tu untuk V.I.P dari Top Glove corporation.
bukan setakat pelajar UNISEL sahaja yang hadir tetapi dari badan kerajaan yang lain.
masa ni ucapan dari pengacara majlis.....
ini pula ucapan dari Prof Dr Rosti Sarwono ( president and vise cancellar UNISEL )....
siaran untuk TV pun ada tetapi tak tahu dari mana ( jangan Uganda sudah ).
masih mendengar kata-kata aluan dari tuan rumah...
memang banyak ucapan mukadimah dari tuan rumah.....
la....tak habis lagi.....
tanda good menandakan acara dah habis....
selepas tu acara minum-minum teh dan sedikit kuih muih sebelum kita orang bertolak balik...