30 Julai 2010

-memori di Kuala Kangsar part finale

Daerah ini memang penuh dengan aliran sungai yang menderu dan mendinginkan.pemandangan yang indah masih belum tercemar lagi memang sesuai untuk perkelahan.
kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda sehingga kecut apa yang ada dek kerana airnya yang sungguh dingin...maklumlah mengalir segar dari perbukitan.

samapi tak nak bangun Danish dari berendam dalam sungai...
terpaksa Bondanya memujuk kerana si Danish sudah kedinginan yang amat sangat sehingga menggigil-gigil.

bebudak kalau dapat berendam dalam sungai mana ada ingat apa....lantak korang lah...

Mizan oh Mizan...tempat cetek pun nak berenang...itu merangkak namanya.

Danish mandi kat tempat yang cetek je ye.....jangan pergi jauh-jauh.

aku pun tumpang sekaki...gian dah lama tak berendam dalam sungai.dahulu aku adalah antara remaja yang aktif berendam dalam sungai...aktiviti sungai yang paling aku minat adalah menembak ikan di sungai kongso....
alah...itu eksen je...bukan dalam pun air sungai kat situ.....

orang suruh mandi sungailah Mizan...buat apa panjat batu tu....


la....ingatkan anaknya je yang manjat batu...ayahnya pun sama.

resort tempat kita orang mandi......
Lepas puas mandi sungai sampai kecut...bersiap untuk ronda-ronda di kuala kangsar.
masjid ubudiah bukit chandan yang terkenal....memang cantik masjid ini.




29 Julai 2010

-memori di Kuala Kangsar part 1

walaupun aku anak jati Klang dan lebih tepat lagi Meru tetapi aku tetap tidak akan melupakan Kuala Kangsar.Kerana tempat inilah aku pernah menumpang menjadi lebih matang dan dewasa.
apa kaitan aku dengan Kuala kangsar?
untuk pengetahuan semua aku dan family aku berpindah ke daerah ini selepas bapakku bekerja di salah sebuah estet ( kuari pun ada ) di sebuah pekan kecil bernama padang rengas di dalam daerah kuala kangsar.
aku start tinggal di daerah ini pada tahun 1982 iaitu ketika berumur 11 tahun dan meninggalkanya ketika usia meningkat remaja atau lebih tepat lagi 18 tahun ( sweet 18teen ).
Selepas itu aku sesekali menjejaki kaki ke tanah itu sehingga yang terakhir pada tahun 1996.
tetapi setelah berkeluarga tiba-tiba aku teringin untuk kesana lagi...akhirnya selepas hampir 15 tahun tidak menjejaki kaki ke sana ....aku tiba juga.
memang tidak ketara perubahannya walaupun lama telah ku tinggalkan.
memori lama silih berganti di fikiran kala melewati sesuatu tempat yang pernah bertapak di hati.


gambar anak dara aku berlatar belakangkan istana sultan perak di bukit candan,kuala kangsar.


salah satu tempat yang pasti dan harus di kunjungi jika ke kuala kangsar iaitu istana kuning ini.






khabarnya istana ini sudah berusia beratus tahun dan pembinaan tidak menggunakan sebatang paku pun.





kami sekeluarga juga sempat berehat di tebibg sungai perak yang semakin menarik dan tidak usang seperti dahulu.
di sini juga di dirikan gerai untuk menjual hasil kraftangan terutama yang menjadi trade mark bandar ini iaitu labu sayung.



aku dan isteriku berlatar belakangkan keindahan sungai perak.






-bagi kesedaran

Kalau club aku adakan gotong royong di rumah anak yatim pasti aku akan membawa anak-anak aku supaya bersyukur kerana masih mempunyai ayah dan bonda.

semoga mereka membesar menjadi anak-anak yang bersyukur atas nikmat yang Tuhan berikan.
semoga mereka tidak akan melupakan insan lain yang tidak bernasib baik.

tekadkan dalam hati mereka yang kita perlu membantu insan-insan yang memerlukan.

semoga anak-anak aku ini membesar menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.InsyaAllah.



-anakku suka hisap jari

Anak aku yang ini memang suka hisap jarinya....
sedap agaknya....



minta-minta janganlah sampai ke besar tabiat ini .
anak buah aku sampai sekarang masih lagi mencuri-curi hisap jarinya walaupun sudah berumur 14 tahun.


28 Julai 2010

-suatu malam di I.C.T Shah Alam.

antara gambar-gambar yang dapat ku klik di I.C.T.
maaf quality gambar kurang memuaskan kerana mutu/harga digital camera yang murah.
apa-apa hal pun tengok je lah...















sesiapa yang belum pernah pergi tu ...pergilah..terang biji mata kalau kat sini..berpinar-pinar biji mata tengok lampu yang berkelip-kelip ini.













-pergi I.C.T Shah Alam.

Sabtu malam yang lepas selepas makan di Family Seafood tengok jam masih awal lagi.
Nak balik rumah pun tak ada apa yang menarik untuk di tonton di kaca t.v.
Apa nak di buat ye.....
Pikir-punya pikir akhirnya aku terima cadangan anak bujang aku yang berkata "yah..jom kita pergi I.C.T ".
Best gak cadangan tu....
Tapi malam minggu mesti jammed teruk ni.
Argh...pergi je lah...jammed ....jammed...lantak lah.

Apa lagi...start lah kete..
walaupun I.C.T ngan umah aku tak jauh...
namun ini kali pertama aku pergi....
dalam 18 minit sudah sampai...
alamak berderetlah pulak kete nak parking....cam na ni?
dah terlanjur pergi....sabar je lah....
parking masuk rm 2....boleh lah....

oleh kerana pergi tanpa persediaan...maka selekehlah anak-anak aku ini.
skrin t.v besar pun ada kat sini.....final world cup aritu memang meriah katanya kat sini....
macam-macam jenis lampu yang menyala kat sini....bentuk burung lah.
binatnag berkaki empatlah.....
berkelipan di pokok-pokok...
seperti titisan embun yang jatuh...
bentuk burung merak pun ada...yang ini memang jadi tumpuan orang.terpaksa tunggu giliran nak tangkap gambar kat sini.
anak aku yang bongso ini cukup suka ngan lampu yang berkelip-kelip..menganga-nganga mulut.

eh ! apasal anak aku yang lagi satu tu...mencelah.
memang cantik kat kawasan merak ni...patutlah ramai orang nak bergambar kat sini.
budak-budak biasalah...memang suka tengok lampu.
tetapi berhati-hati jika ke sini kerana orang terlalu ramai..jaga-jaga anak -anak tu jangan sampai ada yang hilang.