30 Jun 2010

-kedai yang tak untung.

gua ada kedai ubat ha...
gua punya kedai ubat sudah lama..banyak lama.
tapi ha...sampai sekalang pun ha..gua talak untung...apa pasat?
semua bomoh ha..wa sudah trai...cakap...mana punya semua sulah peligi...
siam...hindu..malayu..kuang tau..tongsan..semua gua peligi..
tapi wa ha...masih talak untung...
ala sapa-sapa wuleh tolong gua?.......


-jalan yang membawa kemungkaran.

tolong kepada sesiapa yang tinggal di jalan ini.
inform lah pada majlis perbandaran untuk memberikan nama yang elok sikit.

macam dah tak de nama lain.
tetapi majlis perbandaran tak sedar ke?
atau syok juga dengar nama ni.....

-plate kete

kekadang aku pelik tengok orang yang sanggup perabih duit untuk tender nombor plate contohnya yang terbaru Datuk K sanggup menghabiskan lebih RM 65000 untuk membeli plate KCT 1.
tetapi masalahnya kenapa ada orang perabih untuk plate kete yang kat bawah ni.
1 -
2-
3 -

tak gelak dek orang ke ?


29 Jun 2010

-mizan tarining bola.

ini anak aku yang suka main bola...
hari-hari main bola...
so sebab dia minat sangat ngan bola so aku daftarkan dia dengan academy bola.
moga dengan latihan yang teratur dapatlah dia bermain dengan lebih sempurna lagi.
dengan panel jurulatih yang di iktiraf oleh FAS di harap bakat anak aku berkembang kalau tak dapat jadi cam Ronaldo cam torres pun boleh lah.

sebelum memulakan latihan kena buat regangan dahulu...jangan krem nanti...

ya...itu dia skill dah mula.
tetapi biasalah bebudak....kalau tak berkumpul tak sah...
perlukan banyak latihan lagi.
latihan di jalankan setiap hari sabtu dan di latih oleh jurulatih yang bertauliah.kadang-kadang
terdapat juga kelibat bekas bintang selangor yang follow academy ini dalam memberikan latihan seperti nazzab hizam,hadi tahir dan juga nazim din.kekadang ada juga kelibat bekas bintang kuala lumpur iaitu shahrin majid.


-18.06.2010

pada 18.06.2010 yang baru lalu bersamaan hari jumaat adalah hari jadi aku yang ke 38.cadang nak rahsia berapa umur aku tetapi dah terpampang di atas kek...sudah tidak boleh di cover lagi.




eh ! bukan setakat kek aje...kfc pun ada....lada hitam lagi.

aku sebenarnya lupa hari itu hari jadi aku.
balik dari sembahyang jumaat je isteri dan anak-anak sudah menunggu di pintu sambil wish kat aku .

kat atas meja pun dah tersedia kek dan ayam kfc maka aku pun mulalah memotong kek...
terima kasih isteri dan anak-anak ku....ayah sayang semua.




-melaka > berakhirnya sebuah perjalanan

masa tidak mengizinkan lagi..
perjalanan harus di teruskan...
hari semakin petang...
kami harus bergerak keluar...
tetapi sebelum tu kena amik gambar dululah......

ini anak bujang aku dengan topi cowboy nye....
ini satu-satunya anak dara aku....

ini anak aku yang aktif sangat...tak tahu lapar ,penat dan mengantuk...tetapi selalu terlelap dalam kereta.

ini isteri aku dan anak-anak....
aisey man .....kenapa topi anak aku tu...
kena amik lagi sekali ni....
gambar aku?...aku tak suka nak menyuruh orang.
lebih kurang jam 4.30pm kami bergerak keluar dari zoo melaka.
dalam perjalanan masih lagi sempat menyinggah bazar yang terletak tidak jauh dari zoo untuk membeli-belah buat yang terakhir.benda yang wajib di beli adalah belacan.
perjalanan lancar kerana tiada kenderaan yang banyak di jalan raya..
kami berhenti rehat di perhentian seremban untuk mengisi perut yang mula berkeroncong....
allhamdullilah sebelum jam 7 kami telah tiba di rumah dengan selamat.
insyaallah kalau tiada aral melintang bulan 12 nanti mungkin kami akan bercuti lagi...cadangnye ingin ke pulau pangkor.




-melaka > masih dalam zoo

hari semakin petang...
kaki pun dah lenguh...
tapi orang rumah aku ngan baby relex je...
sebab dia 2 kali naik tram..
tapi anak-anak aku yang lain menolak sebab tak best..lagi syok jalan kaki...
tetapi kaki aku yang lenguh....

anak aku ni memang suka dengan ular...
nampak macam berani...
tetapi suruh pegang tak beranilah pulak....

kat belakang tu binatang cam lembu tetapi mempunyai tanduk yang panjang....

bawa baik-baik ye....banyak penumpang kat belakang tu....

akamak ! minyak pulak habis..terpaksalah menolah......

arh...dari naik trem yang minyak dah habis tu lebih baik naik kura-kura ni walaupun lembab sikit....




-melaka > haiwan 'peberet' aku.

sebenarnya aku kalau gi zoo mesti cari haiwan 'peberet' aku iaitu zirafah dan badak sumbu.
zirafah aku jumpa tapi badak sumbu tak.
tetapi menurut anak aku mereka ada pergi tempat badak sumbu.

tak ape lah....
lain kali sahaja aku cari badak sumbu tu....

27 Jun 2010

-melaka > naik tram di zoo melaka

-melaka > anak-anak dan binatang di zoo melaka.

anak-anak memang suka tengok binatang-binatang so memang teruja mereka di zoo melaka ini walaupun sebelum ini kami pernah ke zoo negara.alah...bebudak memang cam tu...
binatang apa yang panjang lehernya tetapi bukan zirafah?...
jawapannya ialah anak zirafah..ha..ha..ha..itu teka teki yang aku bagi kat anak2 anak aku...kih..kih...
ini anak aku dengan alex ( kuda belang kat cerita madagaskar ).

sebenarnya binatang-binatang yang kat belakang tu menjulur-julur leher nak ambil kesempatan menggigit baju anak aku...siap terjulurkan lidah sekali..

mari makan daun dahulu.....

gajah nun jauh di sana...hanya belakangnya yang sempat di tunjukan.




-melaka > zoo melaka.

perjalanan yang lancar tanpa jammed ke arah air keroh menyebabkan tidak sampai setengah jam kami telah tiba di zoo melaka.

zoo melaka ini memang luas dan terdapat berbagai jenis binatang di dalamnya.
sebelum berjalan kena tengok peta dahulu...cari arah jalan nanti tak lah sesat.

tetapi kalau nak senang boleh naik tram dengan bayaran rm 2.00 untuk dewasa.
tetapi naik tram tak puas walaupun pergerakannya di perlahankan.
kalau naik tram tempat perhentian adalah tempat buaya...
buaya oh buaya mana kau ha....?
alamak buaya semua sedang tidurlah..maklumlah lepas makan.




-melaka > check out hotel.

bangun pagi dan menuju ke kolam renang untuk mandi dan terus bersarapan di hotel.
selepas berkemas seperti biasa sebelum check out seisi bergambar harus di penuhi dahulu.










selepas seisi gambar berakhir dengan langkah yang perlahan kami menuju lobby hotel untuk menyerahkan kembali kunci sambil mengira caj-caj tambahan jika ada.
tepat jam 11.30am kami keluar dari hotel untuk menuju ke zoo melaka.




-melaka > borong baju.

ini antara barang yang sempat kami shopping petang tadi.
baju bertuliskan/bermotifkan melaka menjadi sasaran kami.

wajib membeli baju kalau pergi ke melaka.
terdapat juga barang2 lain seperti belacan,makanan ringan ,dodol dan wajik yang kami beli.
tidak ketinggalan juga key chain.

-melaka > pulang ke hotel

so sementara menantikan van yang akan menjemput kami maka sempatlah kami bergambar-gambaran di taman bunga di antara menara taming sari dan dataran pahlawan.

anak aku yang tak banyak kerenah walaupun kepenatan...alhamdullilah.
di taman bunga yang berlatar belakangkan menara taming sari.

berlatar belakangkan bangunan dataran pahlawan.


anak dara aku ni kalau bab bergambar ( kalau mood baik ) memang suka sangat...tapi posing asyik sama je....



pihak hotel telah menalifon dan memberitahu bahawa van yang menjemput kami akan lewat sedikit maka di kesempatan itu kami menyelinap ke dalam dataran pahlawan untuk membeli apa yang patut.akhirnya anak dan isteri aku telah menyambar selipar dan beg tangan jenama vincci.
apalah setakat barang tu ....kat klang pun ada.
van pun tiba dalam jam 7.45pm dan terus membawa kami meluncur kembali ke hotel penginapan.




-melaka > menara taming sari.

menyusuri bazar di hadapan muzium samudera membawa kami ke menara taming sari.
berehat sebentar di sini sambil memerhatikan orang yang beratur untuk memasuku ruang untuk melihat panorama bandar melaka dari menara ini.

tetapi di antara keluarga kami tiada sesiapa yang berani naik walaupun aku meronta-ronta untuk mencuba.
so akhirnya latar belakang menara ini menjadi mangsa seterusnya.

daripada menara ini yang di kenakan bayaran rm 20.00 dan berputar lebih kurang 7 minit ( semasa itu diskaun 50% untuk pemegang mykad ) seluruh pemandangan bandar serta selat melaka akan kelihatan.

kesempatan ini juga di ambil untuk merehatkan kaki-kaki yang semakin kelenguhan.
hajat untuk menaiki beca di sini tiada kesampaian kerana perlu untuk menyewa 2 biji beca.bukan kerana duit tetapi aku rasa payah sikit untuk mengawal anak-anak aku itu yang boleh tahan.........nya.

sambil memandang menara taming sari yang turun naik aku menalifon pihak hotel untuk menjemput kami pulang.menurut mereka pemandu akan mengambil kami dalam jam 7.30pm so kami mula bergerak meninggalkan menara taming sari ini untuk menuju dataran pahlawan kembali.kerana di hadapan restaurant mc donald telah kami berjanji dengan pemandu van tersebut.