29 April 2010

-lawak bodoh+18sx

lawak bodoh dari dua orang mahluk yang tak guna akal sebelum membuat sesuatu...akhirnya siapa yang malu?
mereka dan keluarga mereka.......

-Mastika May 2010

Seperti biasa Mastika bulan ini masih lagi memaparkan permasalan yang masih membelenggu dewasa ini.cerita panjang pun tak guna ,apa kata semua dapatkan di pasaran sekarang.

antara artikel yang menarik bulan ni ialah kes maksiat yang tidak mengira tempat .
dulu kalau kita sebut judi..terbayang hanya satu kaum sahaja yang menjadi kakinya.tapi sekarang manusia berbangsa melayu dan beragama islam lebih andvance dan mengusai semua dosa besar yang ada.apa nak jadi dengan umat islam akhir zaman ini?

lagi satu masalah orang melayu ini ialah suka kaya tanpa buat apa-apa..sebab tu senang kena tipu dengan skim itulah...skim inilah..hello kawan! mahu kaya berusahalah...mana leh kaya dengan goyang kaki je...

tapi kalau tension dengan semua di atas..boleh berehat dengan membaca senyum pisang...ke..ke...ke..keh.



banyak lagi artikel yang menarik di dalamnya...sila dapatkan segera sebelum kehabisan.( promosi baik punye walaupun aku tak ade kene mengene dengan majalah ni).



28 April 2010

-budak 15 tahun mati di tembak ( al-fatihah ).

berita yang menjadi tajuk utama beberapa hari ini telah menenggelamkan Hulu Selangor.imej 'licence to kill' menjadi isu semula.imej pihak polis yang selama ini memang telah tercemar menjadi lebih keruh lagi.melihat temubual dengan emak aruah menyebabkan aku menjadi sebak.mana mungkin budak 15 tahun boleh mengganas sehingga harus di tembak?mengikut laporan beliau di tembak dari arah belakang.siasatan menyeluruh harus dilakukan dan harus telus.rakyat harus tahu cerita sebenar dan fakta yang tepat kerana mengharap penulis blog mengulas mungkin akan menyebabkan ada berita yang tidak menyenangkan akan keluar kerana tidak semua penulis blog itu jujur...ada yang ingin menjadi hero atau mempolitikannya.
mari pembaca blog semua..kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada adik ini.

-aku suka membaca..

aku kalau bab membaca memang suka sangat..seingat aku lah..dari kecik memang aku suka membaca.mungkin tabiat bapak aku ni di warisi oleh aku.aku tak pasti bila aku pandai membaca tapi aku rasa umur 6 tahun kot..sebab ingat lagi time tu aku suka baca buku sejarah unruk penilaian darjah lime kepunyaan aban aku.tapi aku tak sekolah tadika?cam mana aku boleh membaca pulak?aku lahir genius kot?aku ingat lagi buku tu..sejarah mongol.time masuk darjah satu aku start baca buku sendiri.yg aku ingat cerita pasal pak cik kordi.he..he..lawak.
dulu hari-hari memang bapak aku akan beli suratkhabar..sampai rumah je..kami adik beradik akan berebut..sampai tension bapak aku..berterabur surat khabar tu...esoknye dan selama seminggu selepas tu bapak aku beli surat khabar jawi...sorang pun tak nak rebut.mungkin kesian punye pasal bapak beli balik surat khabar berita harian.bila aku ada duit sendiri aku mula beli bahan bacaan yg tak mengemnangkan minda cam buku lawak bodoh,majalah hiburan,majalah permotoran dan majalah gusti.tapi yang aku sedihkan koleksi majalah lama aku semua terbakar masa rumah emak aku terbakar.majalah yg tiada lg di muka bumi ni pun ada aku simpan.tabiat buruk aku suka membaca bahan yg tak mengembangkan minda berterusan sehingga aku berumah tangga...tapi sebab tak tahan kene bebel setiap hari aku stop semua tu...cuma aku beli surat khabar sahaja.tapi semenjak dua menjak ni..orang umah aku dah steady bila aku start beli MASTIKA...dia pun joint baca.


majalah ni sebenarnya banyak informasinya..dari bab kehidupan..agama..dan sosial hidup.


tapi dalam koleksi aku ada dua buah novel yg terselamat dari kebakaran rumah dulu.sebab aku simpan dalam locker kat tempat keje aku(biasalah..kalau boring aku baca ).tapi bukan novel cinta..sebab aku bab cinta lambat nak feeling sikit....

dulu time kemelut politik..aku sempat gak sambar satu buku politik..he..he..saje je....


tapi sekarang memang aku kesentret ngan MASTIKA sahaja..buku2 yg tak mengembangkan minda aku yg semakin menguncup ni telah aku tinggalkan.
***time aku catatkan catatan ni pun aku sempat baca label kat botol air yg sedang aku minum ini...he..he...




27 April 2010

-masih tak puas hati


aku memang tak puas hati ngan ABP yg baru lalu....memang tak puas hati...cam mana orng still boleh choose ini orang sebagai bintang paling popular?dahlah lagu pun tak ada yang sedap.harap cerita je yang hebat.saingan untuk penyanyi wanita popular hebat2 belaka tapi cam mana dengan saingan yg begitu kuat dia still can dapat lebih 200,000 undian?aku memang betul2 tak puas hati.ada artis yang saingan nye tak kuat dan gerenti dia menang nye...tapi still kalah undian......ape sudah jadi?
punca utama aku tak puas hati ni sebenarnya dekat 60 borang peraduan ABP yang aku hantar dan aku langsung tak tulis pun nama dia yang akan menang paling popular tu...tu yang aku bengang tu..tak dapatlah aku sebiji livina...ha..ha..ha..tension...tapi tak apa tahun depan aku try hantar lagi...kalau tak dapat..aku hantar lagi...hantar dan hantar lagi sampai aku menang.....
Dicatat oleh lans18 di 04:05:00 0 ulasan
Label: memang tak puas hati..

15 April 2010

-aku pergi New Zealand

penerbangan yg mengambil masa hampir sepuluh jam amat memenatkan aku..namun apabila terpandang sahaja bumi new zealand ini segala kepenatan hilang di bawa kedingin angin yang bertiup kencang.terdapat rembisan titisan air menampar-nampar diri ini.aku masih lagi tak percya bahawa aku kini sudah menjejakan kaki ke bumi kiwi ini yang terkenal dengan all black nye.pemandu pelancong masih sibuk menguruskan yang lain ..mata aku masih terpandang suasana yang amat asing bagiku.tak sabar rasanya aku ingin melawat perkampungan kaum maori yang telah dijanjikan.perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam amat memenatkan..tempat yang di tuju masih belum tiba lagi..di corong speaker si pemandu pelancong masih mengomel dengan bahasa yang aku tahu serba sedikit sahaja.akhirnye aku terlelap juga........dan tiba-tiba tidurku terganggu bila terdengar suara...
"ayah...ayah...bangun borang tu belum di isi lagi"
aku terkejut...rupanya aku bermimpi...lantas aku terus mengisi borang peraduan yang akan membawa aku ke New Zealand....InsyaAllah...








12 April 2010

-tranformasi handphone aku.

hari ni aku tak tahu kenapa mood aku baik sangat.lepas hantar anak2 gi sekolah aku beli roti canai dan lepas sarapan ( pekena cni nye tongkat ali 3 in 1 )aku mula mengemas rumah tanpa di suruh atau dipaksa oleh orang umah aku.aku bab mengemas umah ni memang liat sikit...aku lebih rela masak dari mengemas rumah.tapi kali ni lain..semua bilik,ruang tamu,dapur semua aku kemas.sampai bawah katil pun aku mop+glo( biar wangi ).entah cam mana aku terjumpa balik h/p aku yang lama....

aku tak pasti berapa harganya...tp aku ingat RM800 kot...( hujung 90 an )tapi yang pasti sim kadnye harga rm 120..itu pun aku beli second hand dari kawan aku...wei..masa tu sim kad mahal hoi..sampai rm 280.
aku pakai h/p ni sekejap je...pastu aku sambar model ericsson T..lupa siri berapa...tapi sekejap je kerana kegilaan kepada Nokia telah melanda Malaysia ketika itu dengan model 3310,3320 dan3315...aku pun tangkap satu 3315 ( 2nd hand ) beli kat kawan aku dengan harga RM 350.
boring pakai yang tak de warna ni bila aku tengok semua orang beli yang color nya.budget pun seciput so aku tangkap model sony ericsson yang bercolor tapi murah nye...
aku pakai tak lama kerana rosak sebab anak aku rendamkan h/p aku tu dalam segelas nescafe yang hangat...hua..hua...


tak pe..itu can aku nak beli yang canggih sikit...so aku sambar Nokia sabin(6600).h/p yang pada aku banyak fungsi tapi berharga murah.tapi h/p ni tak lama aku pakai sebab kilang aku ada bagi saham dan aku ada untung sikit so aku sambar h/p yang mahal sikit model sony ericsson K750i.mahal tu h/p ni...RM 1650.tapi duit saham nye pasal lantak lah.h/p ni pun tak lama aku pakai sebab kebodohan aku sendiri..aku pergi blow ngan angin ( konon2 nak buang habuk ) tapi skrin dan memory kad nye tempat rosak habis.so aku pakai balik nokia sabun aku tu..sampailah aku beli sony ericsson model w ni.....

h/p ni pun masalah gak...itu pun sebab kepandaian aku sendiri...mic nye rosak.oleh kerana tengah musim h/p yang butang nye banyak...aku pun sambarlah satu..he..he...



antara koleksi h/p aku yang masih aku simpan lagi......







-breakfast at mcd

bangun pagi ahad ni,,anak2 dah sibuk kejutkan ajak breakfast kat mcd....mandi..bersiap dan start enjin kereta.nasib baik sekarang mcd dekat sikit...dulu kena gi klang parade..tapi sejak ada kat klang sentral ni senang sikit...5 minit dah sampai dah...







sementara layan anak makan..surfing internet via wifi kat h\p ( murah nye ).lepak kat 2 jam kat sana lepas tu gerak gi umah mak aku...tunggu makan tengahari.



09 April 2010

-proton baru


proton semakin andvance..rekaan dah tak cam dulu lagi..hanya menjadi bahan jenaka.mungkin tektik tiru dan sedikit modify perlu.jgn membabi buta meniru dan bulat2 membuat sendiri...akhirnya ciptaan atau rekaan jadi bahan ketawa.rakyat kita ni memang suka ketawakan buatan sendiri..jika di bandingkan juara ngan renault kangoo...aku rasa buruk lagi yg sebelah sana..tapi kat mata kita juara juga yang buruk.tapi tak apelah sekurang-kurangnya rekaan ada kemajuan.jangan kembali kepada era juara..tiara yang hanya menjadi tawa.teruskan proton dengan rekaan yang setanding dengan pengeluar kereta yang lain.aku bangga menjadi rakyat MALAYSIA.

07 April 2010

-lawatan yang penuh keinsafan







RMC telah membuat lawatan ke rumah anak yatim sungai pinang.pelbagai aktiviti bersama telah dilakukan
seperti bersarapan pagi,bergotong royong dan motivasi.dari lawatan ini kita tahu betapa susahnya hidup adik2 ini
dan kita yang masih mampu ini harus memberi pertolongan yang semampunya.



06 April 2010

-lawatan penuh dengan keinsafan










-bawa anak2 main game.





-senja yg indah di Pantai Remis

pantai yg terletak di perjalanan antara Kapar dan Kuala Selangor atau lebih tepat lagi di Jeram.pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda kerana keadaan pasir pantainya yg berkeladak.hanya tempat kerang dan belangkas membiak.sesiapa yang tidak pernah melihat belangkas boleh ke sini kerana ada gerai yg menjualnya.



pemandangan waktu senja memang menarik di sini.

-sepetang di Pantai Remis

sebenarnye dah lama aku tak menjejako pantai ini,padahal sebelum ini ia menjadi tempat untuk aku menenagkan fikiran dengan melihat pantai.entah macam mana isteri aku mengajak untuk ke sini,sudah lama katanya tidak ke sini.





pantai ini sebenarnya ok tp sebab 2 tertentu ia tidak sesuai untuk bermandi manda.