25 Februari 2010

-makan2 kt rasamas

hari ni kitaorang makan2 kt rasamas tesco setia alam sempena kenaikan pangkat lia and loe.dua org tu yg keluarkan duit ..kami cuma perlu keluarkan tenaga untuk meratah ayam panggang yg ada.kenyang?of cause..aku rasa hampir sekor aku baham seorang..mana tahan wei..tengok ayam berperisa lada hitam..lgpun aku belum lagi makan tengahari....erg..allhamdulilah..kenyangnye sampai tak larat nak drive balik. teringin gak nak bawak family aku gi makan kt sini..tp malangnye mereka prefer go to mcdonald compared to rasamas.

24 Februari 2010

-ulang tahun







begitu pantas masa itu berlalu,sedar tak sedar sudah 13 tahun kami melayari bahtera ini.alhamdulilah..banyak cabaran yang kami lalui dapat diharungi bersama.

-masih mencari...

aku masih lagi mencari apa yg harus dicatatkan diruangan ini.masih buntu memikirkan akan susunan kata-kata.halaman telah tersedia...novel juga sudah kumulakan,namun aku buntu ketika ini.dengan keadaan kepala yg masih berdenyut-denyut ia semakin mengganggu otak aku untuk berfikir...ish..susah juga nak jadi blogger ni.ingatkan senang..tinggal tulis je..tp rupannya memang payah.ah! tunggulah..mungkin idea itu akan sampai akhirnya.

23 Februari 2010

-pengenalan

apabila terbaca blog org lain,aku pun teringin ingin menjadi blogger.tetapi aku tidak pasti apa yg ingin aku coretkan.aku bukan seorang yg pandai menyusun kata-kata sperti seorang seniman.aku hanya insan biasa menyusuri hidup seadanya.apabila menginjak waktu dewasa baru celik dengan i.t,betapa sukarnya aku untuk mengikutinya.namun akan kugagahi untuk mengisi ruang-ruang yg ada dengan apa yg aku tahu.mungkin membosankan bagi seseorang itu,tetapi bukan paksaan aku untuk orang lain mengikutinya.tapi aku harus meneruskannya walaupun terkadang aku buntu untuk mencoretkannya.